Lepas bercerai dengan uda Intan dikatakan tidak bertudung? ini cerita sebenar

KUALA LUMPUR: Selepas reda isu perceraian dengan bekas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada Mac lalu, Intan Liana Saleh sekali lagi mengejutkan ramai apabila dikatakan berani membuka tudung seperti tersebar di laman sosial.

Intan, 33, yang selama ini dikenali dengan imej berhijab dilihat menggayakan sanggul lintang ketika menyertai pertandingan tarian rampaian pada Festival Tari Rakyat Johor, baru-baru ini, bersama sekumpulan penari lain.

Pertandingan itu berlangsung di Dewan Utama, Yayasan Warisan Johor Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Gambar dan status yang dikongsi rakan kepada Intan di Instagram mengundang tanda tanya ramai, malah ada yang mempertikaikan tindakan wanita terbabit.

Jelas daripada foto berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata yang pernah menjadi model kepada produk tudung itu duduk di barisan hadapan bersama lima penari lain.
.
Pilih Pemakanan Seimbang Kekal Gaya Hidup Sihat

Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanannya yang lazat. Daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya enak belaka.

FOTO Intan Liana bersama rakan penari yang dikongsi temannya di Instagram.

Difahamkan, Intan terlebih dahulu berkongsi berita kejayaan mereka berserta foto sama di Instagram miliknya, tetapi dipadam selepas berdepan kecaman netizen.

Namun, Intan ada memuat naik video Insta Story dirinya di festival terbabit.

Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila pelakon, Izreen Azminda, membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas, Ude, sejak 8 Ogos 2017.

Intan dan Ude bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun ini. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Sebelum ini, ramai yang dikatakan berpihak kepada Intan melihatkan keperibadian wanita terbabit yang lemah lembut dan statusnya sebagai ibu tunggal yang berhijab.

sumber berita harian online

Namun menurut netizen daripada yang komen di page berita harian gambar & video yang tersebar itu adalah video yang lama

June Nadzri usaha nk burukkn intan…video lama la gile… Klu ye pon nk naikkn blk jering x yah nk rosakkn maruah org laaa
.
Orly Omar Tu bukan video lama ke.. dulu mmg intan tu penari kebudayaan Kan.. Masa kawin ngan ude pun dia free hair .. rasanya baru lagi dia berhijab.. mmm Cuba la check betul2 admin oie jgn jadi socmed gossip plak.. kalau melodi pun dia g terjah Tanya … Admin ada Tanya mintak penjelasan Intan ke ??
.
Farra Ann Seronok nyeenabur fitnah kan..Membawang x abis2..Bawang untuk masak bukan untuk mngosip..video lama pun nak di sebar lagi..Media semakin hebat nak menjatuhkan sesama islam
.
Zaujah Haka Fitnah btol admin ni..tu video lamalah…korang ni lain kali selidik dulu…jgn percaya membabi buta..tgk tak psl babi yg kena..hurmm

 

 

PERHATIAN

VENDING MACHINE AIR KOPI PANAS DAN SEJUK DIJUAL DENGAN HARGA TAK MASUK AKAL KLIK SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Be the first to comment on "Lepas bercerai dengan uda Intan dikatakan tidak bertudung? ini cerita sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!