Ramai yang tak percaya inilah kekayaan sebenar Khabib yang ‘tumbangkan’ McGregor

Nama Khabib Nurmagomedov ahli seni beladiri campuran (MMA) Rusia, terus hangat diperkatakan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalahkan Conor McGregor.

Dikatakan pertarungan ini akan diingati kerana berlakunya pergaduhan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.

Situasi menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti. Pergaduhan ini disebabkan oleh perkataan SARA dari tim McGregor terhadap Khabib, dan bapanya.

Meskipun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.

Beliau nampaknya dapat mengalahkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarung dengan rekor 27 kali menang itu. Ingin tahu seberapa besar ramalan kekayaan yang dimiliki atlet 30 tahun itu? Baca ulasan di bawah.

Raih RM 8.3 Juta Dari Pertarungan Sebelumnya

Dikatakan dalam setiap pertarungan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta.

Malah sebelum bertarung dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.

Namun, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat pertarungan terakhirnya.

Fakta keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.

Menjadi kaya kerana MMA

Diakui beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.


Difahamkan juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.

Khabib juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.

Menurut sumber kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.

Sekitar tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melawan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertarungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.

Koleksi Kereta Mewah
Bercakap soal koleksi kereta, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.

Antaranya adalah kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.

Dinobat Atlet Paling Popular di Rusia

Sementara populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya.

Malah terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:newscoviral/mediabintang.org

PERHATIAN

VENDING MACHINE AIR KOPI PANAS DAN SEJUK DIJUAL DENGAN HARGA TAK MASUK AKAL KLIK SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Be the first to comment on "Ramai yang tak percaya inilah kekayaan sebenar Khabib yang ‘tumbangkan’ McGregor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!