Dia halang jalan dan tunjuk jari tengah – artis wanita kongsi pengalaman hitam

Azira Shafinaz
Azira Shafinaz

Dia halang jalan dan tunjuk jari tengah”- Azira Shafinaz dedah jadi mangsa buli jalan raya | PENYANYI dan pengacara Azira Shafinaz berkongsi detik cemas apabila dia menjadi mangsa buli seorang pemandu tidak bertanggungjawab pada Sabtu.

Azira berkata, kejadian tersebut berlaku selepas dia menyedari terdapat sebuah kereta mengekori rapat di belakang keretanya dengan tujuan mengelak daripada membayar tol.

“Saya benci kereta ini, seorang lelaki Melayu sangat marah apabila saya secara tidak sengaja membrek kereta selepas menyedari dia cuba mengelak daripada membayar tol dengan mengekori rapat kereta saya di laluan smart tag di lebuh raya Akleh.

“Dia kemudian memandu berhampiran saya dan mula mengayunkan keretanya ke kiri dan ke kanan untuk cuba menakut-nakutkan saya,” ujarnya.

Azira turut berkongsi foto sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih yang sempat dirakam menerusi telefon bimbitnya.Tambah ahli kumpulan DeFam ini, pemandu tersebut juga menunjukkan isyarat lucah kepadanya.

“Dia menyekat jalan dan menunjukkan jari tengahnya ke arah saya. Hati-hati kepada semua pemandu wanita,”ujarnya.Sementara itu, terdapat netizen mengakui turut berhadapan kejadian buli dengan kereta yang sama.

biodata Azira Shafinaz

Azira Shafinaz binti Ramlan (lahir 26 September 1991) atau lebih dikenali sebagai Azira Shafinaz atau Azira De Fam” merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[ Beliau dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam dan lakonannya dalam siri drama Married Tapi Benc

Azira Shafinaz dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu dalam keluarganyaLakonan pertama Azira hadir pada 2015 apabila beliau melakonkan watak utama sebagai Mira dalam siri drama waktu perdana TV3,

Mimpi Mira. Profil beliau dalam bidang lakonan dikenali umum apabila beliau bergandingan bersama Syafiq Kyle menerusi drama Married Tapi Benci di Slot Lestary TV3, di mana beliau memegang watak sebagai Rina, seorang pelajar baharu di kolej mempunyai raut wajah yang jelita dan mempunyai perasaan benci dengan lelaki.

 

 

PERHATIAN

VENDING MACHINE AIR KOPI PANAS DAN SEJUK DIJUAL DENGAN HARGA TAK MASUK AKAL KLIK SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Be the first to comment on "Dia halang jalan dan tunjuk jari tengah – artis wanita kongsi pengalaman hitam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!