Kerajaan PH tidak boleh batalkan ICERD

PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan tidak boleh mengumumkan membatalkan cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana Malaysia adalah ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, kaum Bumiputera terutama orang Melayu tidak perlu bimbang kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau sendiri tidak menunjukkan komitmen untuk meratifikasi ICERD.

“Perdana Menteri kata tangguh, saya pun kata tangguh. Jadi tiada langsung kebenaran kerajaan akan laksanakannya seperti didakwa sesetengah pihak.

“Sebab apa kita tak kata batal terus? Sebab ini perjanjian konvensyen di peringkat antarabangsa oleh PBB… kita ahli PBB. 100 negara dah lulus. Kita tak boleh tolak (dengan) sombong begitu sebab kita ahli masyarakat dunia.

“Jadi kita kata kaji, ulas, dengar pandangan dulu. Tapi kita tak boleh tolak ansur dengan status Islam sebagai agama Persekutuan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Port Dickson di Kampung Pachitan di sini, malam ini.

Malaysia adalah antara sebahagian kecil negara yang belum meratifikasi konvensyen itu yang antara lain menyediakan mekanisme kepada masyarakat dunia untuk membuat aduan berhubung perkara membabitkan perkauman dan diskriminasi.

Pelbagai pihak membantah ratifikasi ICERD di negara ini kerana dikhuatiri menjejaskan hak golongan Bumiputera termasuk orang Melayu selain Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan.

KOMEN NETIZEN

Din Saham Dah dkt 50 tahun ICERD ni wujud di PBB…Kita tak pernah raktifikasi kerana tak sesuai dgn keadaan dlm negara kita yg ada “kontrak social”…..Knp secara tetiba kini muncul kembali dgn begitu pantas dan hangat..?
Beria ia benar.. bersubgguh2 benar satu parti itu nak laksanakanya..? Baru 6 bulan pegang tampuk pemerintahan.. manifesto campak ketepi… Yg diberi tumpuan ialah nak laksanakan ICERD… Knp ICERD ni walau kandunganya yg teramat jelas bercanggah dgn perlembagaan negara.. article 153…pun dorang masih tetap nak laksanakan… Cari jln dan beri pelbagai alasan…Knp???
.
Ujang Saadon X yah pru 15 la kita tentang habis habisan ..tunggu pru dh terlewat… dia org ni kadok naik junjung…
.
Ruslan Nur Harun Sedihnya! Sgt harapkan DSAI bertegas dgn icerd ini tapi nampaknya DSAI pun sama jugak. Tk mampu utk bertindak tegas. Kena ikut telunjuk org lain. That why we all don’t be hope to them for stop icerd. They r nothing. Just stupid pemimpin
.
Muhd Syafeeq dah boleh nampak dah perangai barua dia ni sanggup buat apa sahaja walaupun pijak bangsa sendiri asalkan dapat jadi pm

PERHATIAN

VENDING MACHINE AIR KOPI PANAS DAN SEJUK DIJUAL DENGAN HARGA TAK MASUK AKAL KLIK SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Be the first to comment on "Kerajaan PH tidak boleh batalkan ICERD"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!