Malaikat pun boleh buat Silap – Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Pakatan Harapan (PH) berhubung kritikan ia membuat ‘pusingan U’ dalam dasar dan manifestonya.

“Ada kala kami ambil jalan yang salah dan kami patah balik, tetapi bila perlu sahaja.

“Kami bukan sempurna… Tetapi malaikat (angels) pun boleh buat silap.

“Dan bila malaikat buat silap, mereka patah balik,” katanya secara berkias dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.

PH dihujani kritikan ekoran caranya menangani beberapa janji manifestonya sejak menjadi kerajaan.

Isu terbaru adalah berkenaan skim baru pembayaran pinjaman PTPTN yang dirancang untuk dilaksanakan Januari tahun depan, tetapi telah ditangguh.

Mengulas perkara itu, beliau berkata kerajaan akan mengubahsuai skim itu selepas mendapatkan pandangan pihak awam.

‘Tiada rombakan kabinet’

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan tidak akan ada rombakan kabinet dalam masa terdekat.

“Maaf, tiada rombakan kabinet, jadi anda tak ada peluang,” selorohnya ketika ditanya pemberita tentang kemungkinan perkara itu.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan beberapa menteri lain.

Pada November lalu, timbul desas-desus tentang rombakan kabinet selepas Mahathir dalam satu wawancara berkata beliau terbuka dengan idea itu selepas pemilihan PKR.

Sejak penubuhan kabinet, sesetengah menteri menerima banyak kritikan daripada orang ramai – antaranya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.

Maszlee dikritik kerana beberapa pengumumannya – seperti penukaran warna kasut kepada hitam dan penggunaan kolam renang di hotel untuk pelajar – manakala Waytha berkenaan isu Icerd.

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Malaikat pun boleh buat Silap – Mahathir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!