Dia memang keras kepala! – penduduk berang dedahkan sikap sebenar keluarga ini

KUALA KRAI – Khemah menjadi rumah baharu empat beranak dari Kampung Belukar Tebu, dekat sini apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran empat bulan lalu.

Betie Azura Ismail,37, berkata, dia tinggal dalam khemah bersama suami, Wan Izani Wan Isa,43, serta dua anak lelaki, Wan Amar Izzat,9, serta Wan Amer Irsyad,7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah.

Sementara itu anak sulung dari perkahwinan terdahulu, Nur Alia Ridzuan,20, sedang menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pemilik rumah, datuknya bergilir tinggal di khemah serta rumah anak-anaknya tidak jauh dari situ.

Betie Azura berkata, kekangan kewangan menyebabkan mereka terus tinggal di khemah walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

“Suami tukang rumah, gajinya hanya cukup untuk membeli keperluan harian kami anak-beranak.

“Jadi agak mustahil untuk kami bina rumah dengan duit sendiri dalam masa terdekat,” katanya.

Namun Betie Azura tetap menyimpan hasrat tinggal dalam rumah yang bakal memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.

“Saya amat berharap dapat tinggal dalam rumah secepat mungkin tambahan ketika musim tengkujuh seperti sekarang, kami bukan sahaja kesejukan malah terdedah dengan bahaya haiwan berbisa seperti ular,” katanya.

Menyingkap kejadian pernah berlaku baru-baru ini Betie Azura berkata, haiwan berbisa beberapa kali masuk ke khemah.

“Nasib baik saya nampak ular masuk ke khemah kami dan sempat menyelamatkan diri.

“Bukan itu sahaja, telinga anak juga kerap dimasuki pacat menyebabkan saya sentiasa berhati- hati agar kejadian sama tidak berulang,” katanya.

INI PULA RESPON NETIZEN

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Dia memang keras kepala! – penduduk berang dedahkan sikap sebenar keluarga ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!