hanya orang yang otaknya penuh kebencian sahaja tuduh Adib dipukul! – Siti kassim

SHAH ALAM – Ketika seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan berita Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, aktivis kontroversi, Siti Kasim pula mempunyai teori sendiri berhubung kematian anggota bomba itu.

Peguam itu berpendapat, Allahyarham Muhammad Adib bukan cedera akibat dipukul perusuh sehingga membawa kepada kematiannya.

Menurutnya, jika Muhammad Adib dipukul peserta rusuhan, anggota bomba itu pasti akan cedera di muka, bahu, tangan dan sebagainya.

“Sama ada perbuatan jenayah atau kemalangan, kita mesti menunggu siasatan akhir. Kecederaan yang didakwa yang dialami oleh pemuda itu, begitu menggangggu saya. Ia tidak kelihatan seperti kerja kumpulan orang ramai,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, Siti Kasim berbalas-balas komen menyatakan pendapat mereka dengan mengeluarkan ‘teori’ bahawa kemungkinan ada perkara yang cuba disembunyikan dalam kes ini oleh pihak bomba kerana ingin menutup kelemahan mereka seperti tragedi lemas yang melibatkan 6 anggota mereka sebelum ini.

Mereka juga berpendapat Allahyarham Muhammad Adib dilanggar jentera bomba sebagaimana dakwaan pihak kuil sebelum ini.

Malah Siti Kassim juga telah berkata, orang rasional dan ‘right minded people’ tidak akan fikir bahawa Allahyarham Muhammad Adib telah dipukul, hanya orang yang otaknya penuh kebencian akan berfikir sebegitu.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam tadi, selepas 21 bertarung nyawa akibat dipukul perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu. -SuaraTv

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "hanya orang yang otaknya penuh kebencian sahaja tuduh Adib dipukul! – Siti kassim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!