Terpaksa berlakon babak panas dengan isteri orang – Fendy

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta populariti menerusi Mr Grey, Fendy Bakry sekali lagi mencuri tumpuan peminat dengan drama rantaian terbaru lakonannya, Kan Kukejar Cinta Kamu.

Mula menemui penonton sebuah saluran berbayar pada 17 Disember lalu, drama arahan Yusry Abdul Halim itu menyaksikan Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 terbabit bergandingan dengan pelakon, Amyra Rosli.

“Drama 28 episod yang diangkat daripada sebuah novel ini boleh dianggap naskhah yang berat dan sarat dengan emosi. Saya diberikan watak Mukramin Raiyan Muzzammil, manakala Amyra pula sebagai isteri saya, Alma Hakim.

“Selain ceritanya sendiri, antara cabaran besar menjayakan drama ini adalah apabila saya digandingkan dengan pelakon yang berstatus isteri orang. Jadi, pada awalnya saya akui ada sedikit kejanggalan sebelum masing-masing menemui keserasian di lokasi,” katanya kepada BH Online.

Akui bakat kelahiran Perlis itu, ketika mendapat tahu dirinya bakal digandingkan dengan bintang Nur terbabit, yang juga isteri kepada Amar Baharin, dia berasa agak cuak.

“Sebelum ini, bersama pelakon wanita lain, boleh dikatakan saya cepat mendapat keserasian. Namun bersama Amyra, suasana sedikit berbeza. Jika diikutkan kisah dalam bukunya, banyak babak yang dikira agak panas, selain perlu menari bersama.

“Pada peringkat awal, saya rasa agak terbatas untuk menunjukkan sisi romantik antara kami. Tambahan pula, ada kalanya pengarah mahu kami kelihatan mesra dan ada babak berpegangan. Justeru, saya meminta izin Amyra terlebih dulu untuk melakonkan babak begitu.

“Hasil perbincangan sesama sendiri, selain bersama pengarah, akhirnya kerja menjadi lebih mudah. Malah, ada babak kemesraan yang boleh ditunjukkan tanpa perlu bersentuhan pun. Yusry juga boleh menerima idea dan pandangan kami selagi penceritaan asalnya tidak terpesong,” katanya.

Kata Fendy, 30, dia amat memahami kedudukan Amyra sebagai seorang isteri. Lalu, pandangan Amar yang juga seorang pelakon perlu diambil kira.

“Saya sebenarnya bukan terlalu memikirkan Amyra, sebaliknya lebih kepada suaminya. Bagaimanapun, Amyra juga ada bertanya pada Amar mengenai hal ini.

“Apa pun, kerja lakonan jadi senang kerana Amyra seorang yang sangat komited. Kalau ada babak menari pula, saya mengajaknya berlatih dan dia tidak keberatan demi memudahkan semua pihak. Kami sama-sama saling membantu untuk menyenangkan kerja,” katanya.

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Terpaksa berlakon babak panas dengan isteri orang – Fendy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!