Mahathir perlu digulingkan dalam PRU-15 kata Mat Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau tidak menerima apa-apa maklumat berhubung usaha menggulingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri melibatkan pihak dalam Pakatan Harapan (PH).

Namun dalam negara demokrasi, katanya lagi, ia perkara biasa jika membabitkan persaingan kuasa antara parti politik yang ada.

“Perdana menteri boleh digulingkan (tetapi) melalui pilihan raya. Ada parti pembangkang (jadi) ia perkara biasa.

“Tetapi dari dalam PH sendiri? Saya belum terima maklumat tentang perkara itu,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan mendakwa ada komplot untuk menggulingkan Mahathir oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.

INI PULA RESPON NETIZEN BUAT PH

Zack Romantis takyah guling la..4 tahun lagi biar rakyat guling korang semua…mengarut korang ni tadbir..apa korang sebut… Malaysia Baru…abah korang malaysia baru…pemimpin uturn..menipu..perosak perpaduan… semuo ada…hancur lol..
.

Hakimikuat Kimi Kuat kenapa mat sapu ni nak gulingkan TUN rakyat bukan benci PM tun M… tapi rakyat benci dengan menteri2 PH…
.
Zahir Nusantara Ye ker abg mat?PM tu kan ada bila majoriti ahli parlimen sokong…kan?
Tak perlu cakap soal pru pon kan?
.
Othman Othman PM bukan setakat boleh digulingkan melalui pilihsnraya, lompat parti pun boleh guling PM. Undi tidak percaya pun boleh menyebabkan PM digulingkan.
.
Tanpa NamaDulu masa jd pembangkan kau beria2 nk gulingkan kerajaan…skrng tabiat buruk kau x habis2…masih nk main guling2….baik hang buat pertukaran suka sama suka dgn ethnik..mongolia!
.
NETIZEN JUGA KONGSIKAN KISAH PENGLIPUR LARA
Ada seorang kaya telah dilantik sebagai ketua oleh satu pakatan pelbagai kumpulan. Walaupun kumpulan orang kaya tersebut hanya sedikit berbanding kumpulan lain, orang kaya menerima perlantikan tersebut.

Orang kaya ini amat bijak bistari dalam hal2 sebegini. Orang kaya ini telah melantik org2 yang amat dibenci oleh sebahagian rakyat jelata bagi menunjukkan kebodohan org2 tersebut. Umpama menanam kebencian kepada pakatan kumpulan tersebut. Org kaya jarang memberitahu kepada rakyat jelata dan membiarkan org2 yang dilantik ini memberitahu apa sahaja kepada rakyat jelata. Org kaya ini hanya memberitahu rakyat jelata sekali sekala sahaja. Strategi ini telah berjaya.

Org kaya sekali lagi membuat strategi baru. Org kaya telah menawarkan kepada org2 dari kumpulan lain yang kalah untuk menyertainya. Tujuan org kaya adalah untuk memperkuatkan kumpulannya di dalam pakatan tersebut dan mempunyai kuasa bersuara dalam membuat keputusan bersama. Nampaknya strategi ini juga berjaya tetapi belum mencapai matlamat.

Org kaya juga melihat kepada pakatan kumpulan yang kalah dimana ada kumpulan didalam pakatan tersebut telah menunjukkan taring melawan. Org kaya hanya tersenyum sahaja. Org kaya telah dapat melihat siapa kawan dan siapa lawan di dalam pakatan kumpulan yang kalah tersebut.

Org kaya juga sedang merangka strategi baru yang mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi. Apabila kumpulannya telah kuat dan mempunyai suara terbanyak, orang kaya akan membuat perubahan di dalam pentadbirannya. Orang kaya akan membuang orang2 yang dilihat dibenci oleh rakyat jelata dan menggantikan dengan org2 yang mungkin disukai oleh rakyat jelata. Strategi ini akan mengembalikan kepercayaan rakyat jelata dan orang kaya akan diperkatakan mementingkan rakyat jelata dengan mengenepikan orang yang tidak disukai oleh rakyat jelata.

Orang kaya tidak risau sekiranya kumpulan dalam pakatannya hendak keluar, kumpulannya masih mempunyai majoriti. Dia akan menjemput kumpulan yang kalah untuk bersamanya mentadbir negara. Pakatan baru ini lebih kepada orang asal dan keputusan akan lebih memihak kepada orang asal. Sekiranya kumpulan lain dalam pakatannya masih mahu didalam pakatannya, orang kaya juga masih mempunyai kelebihan suara di dalam membuat keputusan secara undian majoriti. Strategi ini dipercayai akan berjaya juga.

Dilihat orang kaya ini memang pakar strategi dan dilihat beliau menggunakan strategi Sun Zu iaitu Art Of War.

 

 

 

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Mahathir perlu digulingkan dalam PRU-15 kata Mat Sabu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!