gaji suami rm 27 ribu tapi hanya bagi nafkah isteri rm 600- “Bertuah awak kan, dapat isteri yang tak perlukan banyak belanja?”

Memang tiap tahun kami akan ke oversea tapi bila dah sampai kat duty free dia kata hmm takpe la bang yang saya ada ni masih boleh guna lagi

Assalamualaikum. Min tolong sembunyikan identiti saya ya. Saya seorang Jurutera yang bekerja di Johor tetapi gaji saya dibayar oleh syarikat di Singapura. Setiap bulan saya menerima hampir RM27,xxx. Alhamdulillah rezeki saya lebih dari mencukupi. Setiap bulan saya kirim pada keluarga di kampung dan juga beri nafkah pada isteri dalam RM600 sebulan. Untuk sara hidup keluarga api air makan minum dan lain lain belanja rumah, tidak termasuk dalam RM 600 itu. Itu saya beri dia untuk dia berbelanja apa yang dia suka.

Masalahnya Min.. isteri saya ni jenis tak reti berbelanja untuk diri sendiri. Saya suruh beli baju baru dengan duit saya pun dia kata “tunggu sale la bang”. Tapi bila dah ada sale.. dia tak beli pun. Hmm..
Lepas tu tiap kali hari jadi ke, ulang tahun perkahwinan ke, saya kerap bawa dia ke kedai-kedai yang agak berjenama ekslusif… saya suruh dia pilih yang mana dia berkenan. Dia kata ada yang berkenan, tapi “bang nanti kita pergi oversea, sata beki dekat duty free ya” sambil tersenyum.

Memang tiap tahun kami akan ke oversea tapi bila dah sampai kat duty free dia kata hmm takpe la bang yang saya ada ni masih guna lagi. Dah tu sampai ke sudah saya tak terbelikan hadiah untuk dia… dan simpanan nafkah bulanan rm600 yang saya beri tu pun dah cecah ribu-ribu dalam bank dia. Mungkin salah saya ke Min? Tak pandai belikan hadiah untuk isteri? Mungkin dia nak yang special dari saya ke Min? “Bertuah awak kan, dapat isteri yang tak perlukan banyak belanja?” Senyum dia pada saya.

Siti Zaleha Ummu Hafiz Belikan isteri awak cincin berlian atau gelang atau loket berlian semasa birthday dia.
Bro RM600 utk awak yg gaji RM27k tidak berbaloi.
Paling sengkek utk isteri yg sebaik itu bagilah RM2.5k sebulan agar dia boleh hulurkan kpd keluarga dia jugak.
Jgn lupa tunaikan zakat. Sediakan saham akhirat awak dgn berwakaf, infak & bersedekah kpd mereka yg memerlukan.
Semoga Allah merahmati rezeki & keluarga awak.
Honey Madu Tom Jerry Klu gaji suami saya 27k, bgi saya rm600 je sebulan…mungkin saya akan terasa hati. Bila terasa hati, saya taknak apa2 dr suami. Mungkin pd isteri, awak bg rm600. Kat keluarga dikampung…awak bg 2-3k. Mungkin awak ni jenis suka bertanya atau ambil tahu apa dia beli, mungkin dia tak selesa dgn pertanyaan atau salah anggap pertanyaan awak sbg mengawal perbelanjaan dia? Mungkin awak jenis mengungkit pemberian awak..tu yg dia taknak minta apa2.
Tapi kalau awak mmg baik…pemurah…bertanggungjawab…alhamdulillah
Errr apa masalah awak sebenarnya?
Norliza Ismail Senang cerita.. Nak beli hadiah.. Beli je la.. Jangan tanya.. Ada jenis manusia bukan jenis meminta minta.. Tapi kalau beri dia ambil saja..

Filza Asna Sebenar nya dia menanti hadiah pemberian awak..tanpa dia yg memilih nya…setiap kali hari penting dia..awak terus sedia kan hadiah utk nya..atau pun awak yg patut beli kan terus barangan dia…dan awak harus bersyukur punya isteri yg tak membazir..

Norfisah Jalil RM6,000.00 kot dik ye yg ko bagi isteri ko ni…tp xpela…berapa pun ko bagi wife ko, ak harap tu duit bersih…time nk shopping2, g jalan2, beli barang dapur basah pe semua xdiusik duit tu…tu khas untuk dia…bia la dia simpan duit tu…dia sediakan payung sebelum hujan…mungkin mmg ko bg RM600.00 sama banyak cam ko bg parents ko sbb bnyk komitmen lain lg ko nk kene tggung kn…bia je dia…klu bini ko xbeli…ko beli je beg ke baju ke yg ko berkenan untuk dia pakai…xsalah…tp bio kene ngn umur dia skrg…biasalah…pompuan 😅😅😅 beli salah, xbeli pun salah…klu xreti, tny jurujual kt kedai eksklusif tu gaya yg sesuai…deme dibyr besar untuk bg nasihat kt buyer…dnt worry…semoga kamu bahagia till jannah hendaknya…Amiin.

 

Be the first to comment on "gaji suami rm 27 ribu tapi hanya bagi nafkah isteri rm 600- “Bertuah awak kan, dapat isteri yang tak perlukan banyak belanja?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!