Jenazah Isteri Ifan Seventeen M4ut Dalam Tsunami ditemui

BANTEN: Vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan akhirnya menemukan jenazah isterinya, Dylan Sahara, dua hari selepas tsunami membadai malam Sabtu lalu.

Menurut BH Online, berita itu disahkan Aconk, pengurus Seventeen, apabila dihubungi Agensi menerusi telefon malam tadi.

“Ia benar. Tidak tahu jenazahnya ditemukan di mana, namun sudah berada di hospital. Ya, hospital Pandeglang, tidak tahu waktu ditemui namun identitinya sah,” katanya dipetik laman berita cumicumi.com.

Jenazah isteri penyanyi itu akan dibawa ke Ponorogo, Jawa Timur untuk dikebumikan. Ifan sendiri dalam keadaan terpukul apabila menerima berita kematian itu dan hanya mengucapkan selamat tinggal menerusi tulisan di Instagramnya.

“Saya benar-benar sayangkan kamu, isteri kesayangan saya,” tulis Ifan sambil memuat naik gambar Dylan.

Ifan juga menunjukkan saat beliau berada dalam ambulans mengiringi jenazah isterinya untuk dibawa ke hospital. Tangan Ifan mengusap jenazah kaku Dylan ditutupi kain hijau.

“Alhamdulillah, kita berada dalam kereta sekali lagi. Marilah pulang @dylan_sahara,” tulis Ifan di Instagram Story.

Selain isteri Ifan, anggota lain Seventeen terdiri daripada pemain bass, Muhammad Awal Purbani, pengurus kumpulan, Oki Wijaya, pemain gitar, Herman Sikumbang, anggota kru, Rukmana Rustam dan pemain dram, Wisnu Andi Darmawan turut maut dalam bencana malam Sabtu lalu.

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Jenazah Isteri Ifan Seventeen M4ut Dalam Tsunami ditemui"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!