kau patah kaki sebab kaki kau pernah sepak, terajang Dan pijak perut aku, kepala aku-mangsa dera

lepas aku cakap macam tu aku keluar pergi makan Mcd lepas tu aku shopping baju anak baju aku dia call2 aku tak Jawab last2 dia msg aku ingat msg yang baik rupanya msg suh basuh berak dia

Assalamualaikum.. aku nak luahkan kepada pembaca krt.. setahun yg lepas suami ekciden patah kaki dan patah tulang rusuk.. selama 2 bulan berada di hospital.. dia tak pernah ucap terima kasih apatah lagi nak bagi hadiah. tapi tu tak jadi masalah bagi aku sebab aku dah tak kisah dia. Aku jage sebab tanggung jawab selagi namanye isteri.. selama berada di hospital anak2 mak mertua jaga., di hospital aku selalu juga bertekak dengan suami hal2 kecil tapi baik Balik.

Suatu Hari aku luahkan apa yang aku sepatutnya dia tahu. kau patah kaki sebab kaki kau pernah sepak, terajang Dan pijak perut aku, kepala aku. punggong kau Luka tulang punggung patah sebab kau tak hormat aku Dan anak2, kau kentut depan kita orang. bibir kau pedih sebab mulut kau tu fitnah aku.. lepas aku cakap macam tu aku keluar pergi makan Mcd lepas tu aku shopping baju anak baju aku dia call2 aku tak Jawab last2 dia msg aku ingat msg yang baik rupanya msg suh basuh berak dia.

Aku berbalas msg dengan dia msg2 yang tak baik.. ungkit semua pasal cerai, pasal nafkah, pasal anak, pasal sepak terajang tumbuk semua.. aku tungu punye tunggu baru dia hntar msg, (mama tolong la) okay pun pi lah kat dia. Aku tak cakap apa buat la sebab kesian. Aku buat semua bukan sebab aku sayang tahu, sebab duit. (Aku Ada duit sndiri sebab aku berniaga). Jage dia kena Ada upah. Aku dah bagi syarat kat dia dapat duit insurance kereta bayar habis, anak bini Beli rantai, gelang emas semua (dia guna duit Raya Anak main Mesin, guna duit aku Beli no).

kebetulan dia Ada kad oku jadi kwsp keluar habis buat rumah aku kat kg. Pencen ilat untuk aku so dia Ada duit kebajikan untuk dia sendri. point nya disini kejam ka aku? Tak betul ka aku guna duit dia? Hati aku tak sayang cuma kesian je.. pernah dia marah sebab habiskan duit dia., aku cakap kat dia, kau Buka Suara lagi aku pulak Akan sepak tempat kaki kau patah tu.. maybe aku jadi ni atas didikan dia. Aku jadi berani, jadi kurang ajar Dan hilang rasa hormat dengan dia. Tapi dengan mak ayahnya aku tetap mrendah diri.. aku tahu berdosa insya Allah aku Cuba parbaiki diri makan masa kot or mungkin dia kena ikut telunjuk aku sampai Hati aku puas hahaha

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "kau patah kaki sebab kaki kau pernah sepak, terajang Dan pijak perut aku, kepala aku-mangsa dera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!