Doktor masih tak dapat kesan punca penyakitnya – Awie ditahan dalam wad

“DOKTOR masih mengesan apa puncanya. Saya tak boleh nak cakap sakit apa,” kata pengurus Datuk Awie, Ejat.

Dia mengulas keadaan Awie yang dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang, Selangor sejak empat hari lalu.

Menurut Ejat, sehingga kini, keputusan ujian doktor belum diperoleh.

“Awie kini di bawah pemerhatian doktor dan diminta berehat. Doktor juga masih menjalankan ujian untuk mengenal pasti punca masalah kesihatan Awie itu.

“Sama-sama kita doakan semoga Awie cepat sembuh,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, Awie mengadu sakit di bahagian atas perut, dada dan belakang badan.

Terdahulu, Awie menerusi syarikatnya Awie Entertainment Sdn Bhd memuat naik kenyataan di Instagram memaklumkan dia tidak dapat memenuhi undangan nyanyian bersama Dragon Malaya di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang sepatutnya berlangsung 9 malam semalam.

“Dengan rasa berat hati dimaklumkan tahap kesihatan Datuk Awie tidak mengizinkan beliau untuk memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya sempena Pesta Pulau Pinang.

“Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Datuk Awie perlu mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya,” kata kenyataan itu.

BACA ARTIKEL BERGUNA DIBAWAH

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?

Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.

Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.

Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.

Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7# TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8# JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Penutup

BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

 

 

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Doktor masih tak dapat kesan punca penyakitnya – Awie ditahan dalam wad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!