Tak tahan dikecam & dimalukan, Muhammad Sajat tinggalkan Malaysia

Nama usahawan terkenal Nur Sajat menjadi bualan ramai apabila nama lelakinya terdedah selepas didakwa di mahkamah baru-baru ini. Kemudian, gambar kad pengenalan menunjukkan nama Muhammad Sajjad bin Kamarul Zaman pula menjadi perhatian apabila tular di media sosial.

Mungkin tidak tahan dengan kecaman dan tohmahan netizen terhadap dirinya, Sajat membuat keputusan untuk membawa diri ke luar negara. Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Sajat mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu dia meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran.

Kata Sajat lagi, dia berharap dengan melanjutkan pelajaran, dia akan lebih berfikiran terbuka. Dalam pada itu, Sajat turut memberikan pesanan kepada Coach Yin agar sentiasa menjaga diri. Menerusi gambar yang dikongsikan, Sajat dipercayai ke Dubai.

Seperti sudah dijangka, ruangan komen entri tersebut dihujani dengan komen negatif netizen. Tidak kurang juga ada netizen berpendapat adalah lebih baik jika Sajat ke tanah suci kota Mekah untuk menenangkan hati memandangkan dia berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah.

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen berharap agar terbuka hati Sajat untuk berubah suatu hari nanti. Apa pun, kita doakan yang baik-baik untuk Sajat.

artikel sebelum ini luahan sajat

“Haters Malaysia Gila, Nak Tahu Siapa Saya Seolah Saya Mencuri “

Minggu lalu kecoh mengenai usahawan terkenal Nur Sajat apabila nama lelakinya didedahkan pihak mahkamah. Kemudian tular di media sosial sekeping gambar kad pengenalan menunjukkan nama Muhammad Sajjad bin Kamarul Zaman yang jadi perhatian ramai.

Mungkin tertekan dengan situasi tersebut, Sajat meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram miliknya dengan mengatakan haters di Malaysia gila kerana terlalu ingin mengetahui tentang dirinya lebih-lebih lagi mengenai jantinanya yang sebenar.

Kata Sajat lagi, netizen ingin tahu siapa dirinya seolah dia mencuri. Enggan ambil pusing dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh haters, Sajat mengatakan mungkin mereka yang cemburu dengan kecantikannya.

Terdahulu, Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan gagal membayar cukai GST dan nama lelakinya iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman turut disiarkan di laporan akhbar.

Bagaimanapun menerusi satu laporan media, Sajat berkata nama sebenarnya tiada permulaan Muhammad atau Nur tetapi hanyalah Sajjad. Malah Sajat juga mendakwa, pihak wartawan telah memutar belitkan namanya.

Umum sedia maklum, status jantina Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya, walaupun melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu.

 

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Tak tahan dikecam & dimalukan, Muhammad Sajat tinggalkan Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!