Maaf kan aku sebab jadi laki yang tak guna suka kan adik ipar sendiri. Aku cuba perbaiki and jauhkan diri. Aku solat hajat semua.

Salam admin. Harap admin hide kan fb saya. Saya nak minta pendapat di kalangan warga2 KRT ni. Saya lelaki. Umur 27 tahun. Saya masih bujang dan belajar. Adik saya lelaki dah dirikan rumah tangga hampir 6 tahun, masalahnya sekarang ni saya terjatuh hati pada isteri dia (adk ipar saya) dah lama saya pendam. Tak tau nak buat macam mana, stiap kali terserempak dengan dia, hati dan perasaan saya membuak2. Rasa berdebar2 dan sayang sangat kat dia. Tapi tak dapat nak ungkap kan. Saya sayangkan adik saya jugak. Alhmdulillah dia dah ada 2 orang anak. Comel2 semua nya. sayangnya yang adik ipar saya ni tak pernah nampak macam saya ada. Saya cuba tarik perhatiaan dia tp dia tetap tak nampak. Macam mana saya nak buat ni?

Mcm mana saya nk hilangkan rasa syg n cinta ni? Lama dh saya menaruh hati kat dia. Smpaikan hati sy xboleh dh trbuka utk wanita lain. Kalau ikutkan, sy mmg ada rupa. Saya main gym. Puas sy cuba nmpk kan diri sy,tp dia tak pndg pun..
Hati saya kecewa dan macam dirobek2 bila nampak dia buat tak tau je. Tapi dalam masa yang sama saya gembira bila dia happy dengan suami dia. Hmmmm
Serba salah nya saya. Boleh ke kalau saya luahkan je apa yang saya rasa ni kat dia? Mintak pendapat semua. Terima kasih..

(UPDATE SUKA DENGAN ADIK IPAR SENDIRI)

Salam terima kasih semua yang komen membina dan membantu. Pada yang mencaci korang tak rasa lagi perasaan ni hadir. Aku bukan buat2 aku bukan cari cari perasaan ni. Tapi benda ni hadir time aku satu U dengan adik ipar aku tu tapi adik aku yang berani confess dengan dia dari aku. Aku dah lama crush dengan dia. Bila dia kawen dengan adik aku, 5 bulan aku tak balik2 kampung. Aku cuba lari dari perasaan tu sebab aku hormat adik aku. Aku sayang adik aku tapi aku dah cuba macam2 cara. Cuba kenal perempuan lain, cuba tak balik2 kampung tapi tetap tak hilang jugak.

Aku bukan suka sebab nafsu kuda ke nafsu bbi macam korang cakap tuduh tu. Aku suka dia sebab memang dah lama aku crush dengan dia. Aku suka sebab dia tak layan lelaki. Dia natural beauty bukan jenis bermakeup. Pandai layan mak aku adik2 aku yang lain. Dia pandai masak. Pandai semua lah. Layan anak2 dia semua. Aku dah tak tau nak buat macam mana lagi nak layan perasaan ni. Aku dari lps raya sampai sekarang ni tak balik2 kg. Sebab aku takut kalau aku nampk dia hati aku jadi berdebar2 hati aku jadi tak keruan. Tapi sampai bile aku nak mengelak? Korang tak rase apa aku rase. Kalau semua dapat rasa macam ni, aku rase orang lain dah lagi teruk dari aku ni..

Tolong la bagi kata2 yang bernas. Aku bukan tak baca. Aku baca semua. Nasib hati aku sado. Aku cuba je telan elok2.. ye memang adk ipar aku tu tak layan aku langsung. Dia buat macam aku tak wujud je. Tanye aku pape pun tak. Ntah la. Ada 3 4 orang perempuan nak kenal dengan aku. Tapi masalahnya aku dah cuba nak layan tapi tak dapat2 nak layan betul2. Sebab memang aku tak ade hati. Tak kan aku nak kene kawen dengan orang yang aku tak suke. Tak ape la aku cuba simpan je perasaan ni sampai aku matti Aku cuba..

Doakan aku dapat lupakan cinta matti aku ni.. sakit seksa jiwa raga ni.. seksa sangat… seksa bila aku tengok dia gurau2 dengan adik aku sndiri.. seksa tengok dia setiap kali dia peluk cium adik aku.. seksa setiap kali dia betulkan butang baju melayu adik aku.. aku kadang2 berangan, aku la orang tu.. maaf la aku tak dapat tahan sebab aku tak tau nak cite dengan sape. Kalau aku cite dengan membe cnfrm dorang kutuk aku macam korang kutuk aku ka ?? So aku confess kat sini je.

Maaf kan aku sebab jadi laki yang tak guna suka kan adik ipar sendiri. Aku cuba perbaiki and jauhkan diri. Aku solat hajat semua. Allah uji aku kali ni berat sangat. Perasaan macam ni tak boleh bawak main.. Aku harap korg komen yang elok2 je. Aku dh pnt terseksa simpan pendam semua ni sorang2. Terima kasih banyak2 yang sudi bagi cdgn yg baik2. Aku terima semua tu. Doakan aku kuat!

Assalamualaikum.Assalamualaikum min. Ingt aku lagi tak? Yang suka adik ipar sdndiri (istri adik aku) tu. Min, bulan Jan 2019 aku bakal berkahwin. Dengan perempuan pilihan mak aku. Brniqab. Nampak baik. Btp tak tau la aku sebab aku tak kenal sangat dia. Cuma masalah dia sekarang ni, aku tak brminat sangat sebenarnya. Aku tak ready lg. Tapi mak aku bising sebab umur aku dah 30 tahun depan, adik aku pun dah kawin ada anak2. Aku tak kawin2 lagi. Perempuan ni aku tak pernah wassap, call pun jarang. Sebab aku tak brminat. Tapi sebabkan terpaksa aku ikutkan je.

Dan masalah paling utama aku masih sukakan adik ipar aku ni. Dia ni sekarang duk umah mak aku ni, sebab nak siap kan persiapan kawin aku. Hari2 aku nampk dia. Jantung aku makin sakit. Berdebar macam nak meletop. Oh btw aku baru balik dari sabah, aku kje sana. Ni baru balik kl dalam seminggu dua. Adik ipar aku ni baru datang sini 3 hari lepas. Dia datang je terus aku rasa nak pengsan. Ketaq2 lutut aku. Macam aku nampak hantu. Memang sejuk beku terus. Anak2 buah aku pun dah makin besar. Comel sangat2. Semua rapat dengan aku.

Dia masuk je umah terus aku rasa nak menjerit Jantung aku macam terstop kejap dan wajah ni la yang aku rindu2 kan selama ini. Masih lemah lembut, soft spoken dengan mak aku. Layan anak2 and suami pun baik sangat2. Jeles nya aku. Aku takut nanti aku kawin tak sama macam adk ipar ni. Aku takut bakal aku tu nanti kecewakan aku. Sampai ke harini adk ipar aku tu tak brtegur aku. Pandang aku pun tidak. Aku curik2 pandang dia, trsengih2 aku sorabg2. Memang bagus sangat dia wanita idaman aku.

Bile nampak dia je terus aku rase macam tak nak kawin. Aku takut terima knytaan tu. Aku takut la min. Cara dia layan orang semua baik sangat. Aku perhatikan je dia. Masak pun sedap, licin aku makan. Siap sendukkn nasi kat mak aku, aku, suami. Time sume makan dia sorang je suap anak2. Orang abes makan baru dia makan. Mana aku nak cari min wanita cam dia. Tolong aku min. Aku macam nak gila dah ni. Duk dalam bilik tak nak kuar2 aku takut aku dah admire gile dengan dia. Kenapa bukan aku yang jumpa dia dulu. Aku cemburu dengn adik aku. Dapat isteri sebaik dia. Perfect, sangat sempurna. Aku pasang radio dgr lagu2 sume teringat kat dia. Aduhhh Jangan kecam aku, bagi nasihat baik2 je ok.

Be the first to comment on "Maaf kan aku sebab jadi laki yang tak guna suka kan adik ipar sendiri. Aku cuba perbaiki and jauhkan diri. Aku solat hajat semua."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!