Amanah Ikhtiar akan diperluaskan, Usahawan wanita berjaya diberikan hadiah yang besar

PUTRAJAYA 29 Dis. – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan diperbesarkan dan contoh-contoh yang baik dalam perniagaan wanita akan dibantu untuk memperbesarkan perniagaan mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka yang berjaya akan dibantu selain pertandingan di antara mereka akan diadakan dengan hadiah yang besar disediakan.

Menurut Dr. Mahathir, dalam percubaan Dasar Ekonomi Baharu (DEB), didapati kaum wanita lebih serius dan berjaya berbanding golongan lelaki dalam apa jua bidang.

“Ada wanita sudah jadi jutawan pun hanya dengan membuat keropok lekor, tudung dan alat kecantikan wanita. Mereka juga mengeluarkan makanan biasa yang tahan lama dan dibungkus dengan menarik.

“Ternampak jelas jika diberi peluang kaum wanita mampu berjaya. Oleh itu, kita akan tambah punca modal, peluang, lesen dan kontrak termasuk kepada wanita di kampung,” katanya.

Dr. Mahathir merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika berucap dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini malam ini.

Sebelum ini, kerajaan menyatakan hasrat untuk membatalkan AIM kerana agensi berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Bagaimanapun, hasrat kerajaan itu mendapat tentangan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat AIM memainkan peranan besar membantu golongan usahawan. – UTUSAN ONLINE

RINGKASAN AIM

AIM adalah sebuah badan yang menyediakan kemudahan pembiayaan mikro kredit kepada isu rumah miski di bandar mahupun di luar bandar

pembiayaan mikro kredit ini hanya di buka kepada golongan wanita sahaja yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan online, perniagaan konversional, pertanian, perkhidmatan dan lain-lain

modal yang derikan AIM kali pertama RM1000 sehingga RM5000 dan paling maksima sehingga RM30,000

KEMUDAHAN TABUNG KEBAJIKAN KESEJAHTERAAN SAHABAT

selain dari modal pembiayaan Ahli juga turut diberikan kemudahan tabung kebajikan yang melindungi ahli sekiranya didapati di tahan dalam wad mereka akan diberikan sumbanagan RM50 semalaman hingga RM1000 bergantung pada tempoh di tahan dalam wad.

selain itu ahli AIM juga mendapat khairat kematian RM500 sekiranya isteri atau suami meinggal dunia. Bahkan baki hutang yang tinggal tidak perlu bayar lagi

 

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Amanah Ikhtiar akan diperluaskan, Usahawan wanita berjaya diberikan hadiah yang besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!