Bercinta deng4n lelaki pernah berz!na, gadis ini kongsikan pengalaman tak disangka

Hye aku S. Aku nak cerita dekat orang pasal hati perempuan seperti aku. Aku sekolah menengah perempuan selama lima tahun. Memang takde pengalaman dengan lelaki for 5 years. Aku tak tergedik gedik dengan lelaki. Aku tak kesah lelaki nak pandang aku macam mana, aku boleh dikatakan selekeh.

Lepas habis sekolah, aku kerja. Fast food punya restoran (standard la budak budak lepas spm kerja fast food) and aku terjumpa balik dengan kawan lama aku (lelaki) kerja kedai sebelah. He’s not study anymore, berhenti sekolah umur 16 tahun.

Aku taktau apa pandangan korang bila dapat tau dia tak study dah but for me, orang yang macam tu 100% malas belajar and suka buat hal. Sebab aku tau dia macam mana, dia bukannya dari family yang tak berkemampuan pun nak kerja.

Dipendekkan cerita, dia dapat number aku dari member dia (kerja sama dengan aku) and kitorang start contact. At first aku takde langsung minat dekat dia. Yela, tak study, lepak memalam, hisap rokok. tapi disebabkan kitorang chat everyday, aku mula suka dekat dia. Mudah kan? Padahal 5 tahun aku tak suka mana mana lelaki, aku jaga hati aku.

Lelaki ni aku bagi gelaran sebagai A. Okay lama lepas tu aku dengan A couple. Banyak yang A ajar aku. Aku ni budak mentah taktau apa apa sangat, anak mak, jarang keluar. Jadi benda baru yang A ajar memang buat aku rasa luar biasa dan happy at the same time. Tapi benda benda ni yang buat aku jadi teruk lama kelamaan. A ajar aku banyak, step by step aku tak jaga diri aku. Antaranya :

1 . Call dua tiga jam

Aku bukan jenis yang suka call orang, kalau call member pun 10 minit ah paling lama. Tapi A selalu ajak aku call sampai pepagi. Record paling lama 5 jam kau rasa? cakap ape aku taktau.

2. Ajak jumpa

Aku memang ada lesen. Oh masa kitorang start couple, aku dah tak kerja sebab aku dah sambung study. So thats why aku yang kena drive jumpa dia (dekat je btw) banyak kali kitorang jumpa, aku keluar rumah tak bagi tau mama, ya allah teruknya.

3. Pegang tangan

Aku sentiasa jaga batas aku dengan lelaki. Dengan cousin pun aku tak pegang pegang. Tapi A betul betul buat aku serah kan diri aku. Kitorang pegang tangan, usap usap. Geli kan? Yup aku rasa benda yang sama dulu. Tapi bila dah buat happy je yang kau akan rasa. Masa first dia pegang tangan aku, aku balik rumah aku terus basuh tangan rasa menyesal sangat, berdosa weh. Tapi lepas tu bila jumpa pegang lagi hmm.

4. Video call

Dia selalu ajak aku video call sampai kan bila aku cakap aku malas nak pakai tudung, dia cakap ceni ‘lantak lah, rindu sangat ni’ dia betul betul buat aku kena dengar cakap dia. Sebaik aku kuatkan diri aku jugak aku cakap tak, tak boleh. Aku nak jugak save rambut aku untuk suami aku sorang je boleh tgk, kan? (padahal dah pegang tangan semua).

5. Senang sangat maafkan dia.

Bila dah sayang, kau rasa nak ke kau duduk jauh jauh dengan dia? takdenye. Kau akan baiki hubungan kau sampai baik, boleh manja manja semula.

Dia pernah tidur dengan perempuan lain. Kitorang break. Ofc ah kau gila kau nak couple dengan orang yang dah tidur dengan perempuan lain? Tapi lepas dia pujuk aku, aku maafkan. Aku bodoh? ya memang. Tapi aku betul betul sayang dia. 4 bulan kitorang break. Nope, aku tak boleh. Aku tau dia akan berubah hahaha kot.

Dia pernah tinggal kan aku sekejap. Alasan dia kau tau apa? dia ada masalah. ‘Apa guna kita couple kalau kau taknak share masalah dengan aku?’ ni yang semua perempuan rasa okay. Banyak benda yang dia ajar aku, satu tahun ni aku rasa paling stress and banyak sangat pengalaman yang aku baru tau kat dunia luar, kat kolej pun.

Lama lama aku terfikir, apa yang aku buat ni and macam mana nanti aku tak kahwin pun dengan A? Aku dah rosakkan diri aku sampai mak aku pun selalu tanya apahal aku ayik dengan handphone je setahun ni. Aku dah start jauh kan diri sikit dari dia and tak terlalu berharap. Sebab kau faham akan lelaki ni suka bagi janji manis tapi last last hampeh. Memang semua macan tu pun.

Aku harap sangat perempuan kat luar sana tak jadi macam aku and boleh jaga hati korang. Dulu pun aku selalu cakap ‘nak couple, couple jelah, takpayah lah nak pepegang tangan’. Tapi sekarang aku pun buat benda yang sama weh. Hati perempuan ni rapuh, bila lelaki cakap sweet sikit, terus melting, terus cair. Sekian dari aku.

sumber : iiumc.com

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Bercinta deng4n lelaki pernah berz!na, gadis ini kongsikan pengalaman tak disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!