sebelum Bersama, saya akan dimaki, dipukul dulu…kerana tolak bersama ni juga, saya dic-raikan kali ke 2.

Bergaduh dipukul berlarutan hingga lahir anak no 2 jarak anak saya setahun satu dan punca bergadoh biasanya sebab suami suka berhenti2 kerja

Assalamualaikum warga KRT. Admin, hide profile saya. Terima kasih. Macm ni. saya nak minta pendapat warga KRT semua. Saya dah berkahwin dengan suami 5 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Kami berkenalan sebelum kahwin hampir 4 tahun. Ok. Saya mempunyai masalah dengan suami dah hampir 4 tahun. Walaupun pada awal perkahwinan ok. Tapi semua berubah bila dapat anak pertama. Saya dipukul walaupun saya masih dalam pantang. Bergaduh tu dah jadi makanan harian dari lahirnya anak pertama hingga kini. Saya pernah diceraikan pada usia anak saya 4 bulan. Dan kami rujuk semula.

Bergaduh dipukul berlarutan hingga lahir anak no 2 jarak anak saya setahun satu dan punca bergadoh biasanya sebab suami suka berhenti2 kerja sejak kitorang kawin dan kantoi dia amik daddah. Rezeki saya murah bila lepas je bersalin anak no 2 saya dapat kerja sebagai penjawat awam. Jadi, pindah la kami semua ke tempat baru. Saya berharap dengan berpindahnya ke tempat baru, hubungan kami akan jadi lebih baik. Suami kerja biasa-biasa tapi sayaa ok asalkan dia kerja dan dapat bantu beli keperluan anak2.

Semua berubah bila suami mula rapat dengan pekerja-pekerja seliaan dia. Dia dah mula pandai berjuddi. Amik daddah tu tak paya ckap la. Badan saya ni dah naik lunyai dek kerana kena tibai. Dalam seminggu, sehari je dia akan baik iaitu bila dia nak Bersama dengan saya. Saya mula dah mula tawar hati. Dan sekrang punca bergadoh plak selain duit ialah masalah “bersama”. Dia mula salahkan saya. Dia kata saya dah mula berlagak sejak dpat keje gov. Saya ni gred SPM je.. jd banyak mana lah sgt gaji saya.

Kadang2 rasa berd0sa bila tolak untuk Bersama tapi saya memang terasa hati. Maaf andai rasa saya mmbuka aib. Tapi, saya memang nak minta pendapat. Kdg2 tu, sebelum Bersama, saya akan dimaki, dipukul dlu. Benda2 ni yang buatkan saya hilang rasa sayang. Ianya berlarutan hingga kini. Oh.. kerana tolak bersama ni juga, saya diceraikan kali ke 2.. dan mungkin kali ke 3. Tapi, dia menafikan ble saya rujuk lafaz ni ke pejabat agama. Dan kerana tidak yakin dengan taraf perkhwinan ni la saya mencari pelbagai alasan walaupun saya akan dipukkul.

Akhirnya, saya amik langkah untuk failkan fasakh. Report polis saya dh buat. Laporan kesihatan pun dah ada. Dia selalu perli2 saya. Dia ckap saya berlagak, sombong sebab dah kerja tetap. ada sokongan orang sekeliling sebab tu saya berani nak berpisah. Saya tak tau kat mana yang saya sombongnya. Gaji saya habis walaupun baru gaji hari ni. Saya tanggung segala2 keperluan rumah dan anak2. Barang dapur, susu, pampers, sewa, pengasuh, bil2.. semuanya saya. Suami saya dah tak bekerja berbulan2 dah.

Bila saya cakap.. dia m@ki saya.. dia cakap saya tak faham keadaan dia. Memang saya tak faham. Dia nak ape sebenarnya. Ok. Dia nak meniaga.. saya dah keluarkan modal.. walaupun dalam masa kes fasakh saya berjalan saya msih bantu dia lagi. tapi, dah 2 bulan tak meniaga. Macam2 alasan dia bagi. Modal saya dah hangus dah. Sekarang, dia keep salahkan saya atas apa yang jadi. Dia cakap saya punca dia jadi macam ni. Puncanya ialah sebab saya tak nak Bersama. Allah. Macam mana nak Bersama kalau layanan pada isteri pun macam tu.

Saya pernah positifkan diri saya. Munngkin saya yang salah. Jadi saya ubah. Saya buang2 jauh kenangan2 kena pukkul, kena mak!, hampir dibnuh oleh dia dan saya cuba tnjukkan yang saya sayang dia. saya amik berat tentang dia. Tapi, dia tetap macam tu. Jadi, lama2 saya tawar hati dah nak berbaik.. Kerja rumah jangan ckp la.. memang tak buat. Apalah salahnya bantu saya. Dahla tak keje.. dari pagi smpai malam tidur je…

Kadang2, saya fikir, saya ke yang salah. Betul ke saya yang sombong bila dah kerja tetap. Apa yang saya tak buat untuk dia. Gelang saya dia jual dengan harga 500.. tu pun dia buat main juddi. Bila saya ungkit dia cakap saya suka mengungkit. Saya dah beri terlalu banyak peluang sampaikan kesihatan saya terjejas. Saya mengalami tekanan perasaan dan kini, saya dah mula amik ubat penenang untuk masalah kesihatan saya. Adakah saya yang bersalah sebab mintak fasakh? Saya bukan nak buang dia sebab saya dah keje tetap macam yang dia cakp kan.. tapi sebab saya dah tak mmpu hadapi bnda ni lg.

Dah 4 tahun saya dipukl.. di m@ki.. 2 kali saya nak dibnuh oleh dia. 2 kali saya nak dilanggar oleh dia.. semuanya sebab dia minta saya duit. Salahkah saya? Bantu saya warga KRT. Adakah tindakan saya ni betul atau saya dah mula riak atau sombong? Terima kasih admin dan warga KRT.

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "sebelum Bersama, saya akan dimaki, dipukul dulu…kerana tolak bersama ni juga, saya dic-raikan kali ke 2."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!