Parlimen PD bubar, Anwar didapati tidak isytihar tajaan syarikat Adrielle?

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabarnya di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson 2 bulan lalu, mempersoalkan presiden PKR itu jika beliau sudah mengisytiharkan tajaan untuk kempennya, seperti didedahkan seorang ahli perniagaan baru-baru ini.

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya pada 2008 sehingga menyebabkan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan pada 2015, berkata demikian susulan kenyataan Adrielle Iman menafikan dakwaan beliau ada kaitan secara peribadi dengan Anwar.

Adrielle menafikan dakwaan itu di media sosial yang disertakan gambar beliau menghadiri kempen Anwar di Port Dickson.

Adrielle sebaliknya berkata, beliau berada di sana sebagai duta jenama syarikatnya yang menaja 5 acara menampilkan Anwar.

Saiful yang mendapat undi paling sedikit dalam PRK Port Dickson, hari ini mengingatkan Anwar yang calon tidak dibenar menghabiskan lebih RM200,000 untuk kempen mereka.

“Adakah sumbangan bagi 5 program itu diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan kewangan calon?” soal Saiful.

“Ia satu kesalahan jika tidak diisytiharkan kepada SPRM dan membelanjakan lebih daripada jumlah dibenarkan.”

Dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober lalu, Anwar menewaskan 6 calon lain dengan majoriti 23,560 undi. – FMT

Jika sudah melanggar peraturan, apa lagi, bubar la Parlimen PD tu

sumber : abuleman.com

ANTARA KOMEN NETIZEN

TUNGGU DAN LIHAT

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Parlimen PD bubar, Anwar didapati tidak isytihar tajaan syarikat Adrielle?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!