Perokok tegar tak takut undang-undang

IPOH: injauan NSTP di sini mendapati masih ramai perokok tidak menghiraukan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula tengah malam tadi,.

Tinjauan NSTP di restoran 24 jam di sekitar bandar raya ini termasuk Fairpark mendapati ramai perokok tanpa rasa bersalah terus menghisap rokok di meja makan.

Lebih mengecewakan ada antara mereka yang merokok di depan notis larangan merokok yang dipamerkan pemilik premis

Mereka memilih meja di sudut paling tepi kedai untuk memudahkan mereka menghisap rokok biarpun ia masih memberi kesan kepada pelanggan yang duduk di meja berhampiran.

Larangan merokok di premis makanan berkuat kuasa mulai tengah malam tadi.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

ANTARA RESPON NETIZEN

Masrihati Mas Betul. Mlm tadi bawa ank n bby ke kedai mkn. Sebelah meja ada juga yg merokok. Klu buat2 x nmpk notis yg ditampal, xkan budak kecik sebelah meja pun x nmpak kot. Nk sound husband kta x payah takut diorang baling kerusi. Al maklumlah hati dan perasaan perokok dh rosak.
.
Mahy AR Penguatkuasa kena kompaun beberapa orang, bila kena barulah orang lain takut nak buat
.
Tasyaa Kamal Spesis ni mungkin tak tau berita semasa kot ?? Padahal hukuman bagi sesiapa yang melanggar peraturan dah diwarkan takkan masih berani.
.
Mohd Fazlie Kena ada 1 talian wasap aduan utk hantar report bergambar..senang..ini kalau tegur mau kena sound blk ni..
.
Roma Runner Klau nak buat larangan merokok..hapuskan dulu semua penjualan rokok..barula betul, nie kat Restoran sendiripn ade yg Jual rokok

 

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Perokok tegar tak takut undang-undang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!