Terkini: Impian Anwar menjadi PM ke-8 Semakin terkubur? tindakan ROS buatkan ramai tak percaya

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bakal menggantung Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah berlaku penipuan di dalam pemilihan partinya baru-baru ini.

Perkara ini didedahkan oleh Azman Noor Adam di akaun facebook miliknya yang tersebar di media sosial.

Menurut Azman yang juga adik kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam, ROS bakal menggantung pendaftaran PKR kerana pemilihan parti itu dipercayai penuh dengan kekecohan dan penipuan.

Azman yang mendakwa menerima maklumat dari sumber dalaman berkata, dengan penggantungan parti itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi lemah dan sekaligus membantutkan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Azman turut mendakwa sejurus selepas digantung, sebahagian Ahli Parlimen PKR yang berbangsa Melayu bakal melompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Ahli Parlimen yang berbangsa Cina dan India pula akan melompat masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kini memiliki kerusi kedua terbanyak di dalam Pakatan Harapan (PH).

Maklumat ini dikatakan mempunyai asasnya dengan realiti pelbagai kepincangan yang telah berlaku ketika pemilihan PKR tempoh hari.

Sebelum ini beberapa individu telah ditahan ketika berlangsungnya pemilihan PKR dengan pelbagai kesalahan seperti bergaduh dan merusuh, meminta dan memberi rasuah, sabotaj dan penipuan.

Jika terbukti berlaku penipuan, tidak mustahil ROS akan menggantung bahkan parti itu mungkin berdepan dengan tindakan yang lebih berat seperti dibubar. –

sumber : AbuLeman.com

PERHATIAN

PERNIAGAAN PALING SESUAI UNTUK SURI RUMAH

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN SHOPEE

Be the first to comment on "Terkini: Impian Anwar menjadi PM ke-8 Semakin terkubur? tindakan ROS buatkan ramai tak percaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!