You cannot copy content of this page
no comments

Aku bun*h kau! respon Siti Sarah Shuib nak kahwin lain!

Pasangan selebriti, Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik video melucukan.

Berbezanya kali ini, video yang dimuat naik menerusi Instagramnya memaparkan isu poligami atau madu.

“Berani ke you nak kahwin banyak? Cakap betul-betul ke?” soal Sarah.

Pelik dengan soalan ‘berani mati’ Sarah, Shuib kemudian memberi reaksi berbelah bahagi.

“Apa soalan you ni, kenapa ada offer ke? Tapi muka tak nampak macam you offer pun,” kata Shuib.

Kagum dengan pertanyaan Shuib, Sarah kemudian memberi jawapan padu.

“Ada offer tapi kemudian aku bunuh. Kau akan ku bunuh,” katanya dengan nada bergurau.

 

View this post on Instagram

 

Ni video semalam.. semalam cite lain hari ni cite lain 😡😡😡 @shuibsepahtu @ratasyacosmetics #bibirsiapani?

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Menerusi ruang komen, rata-rata warganet terhibur dengan gurauan ‘manja’ pasangan tersebut.

Ini antara reaksi mereka yang menarik:

Biodata Siti Sarah

Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 (umur 34), merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”. Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”. Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia .. Selain artist ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply