You cannot copy content of this page
no comments

Cucu 2 tahun ma[ut dalam kereta kerna kecuaian datuknya,akan dikenakan denda atau penjara 10 tahun

#KEDAH
#LANGKAWI

Kanak-kanak ma[ut tertinggal dalam kereta

 

KANAK-kanak perempuan berusia dua tahun sepuluh bulan meni[nggal dunia selepas tertinggal dalam kereta yang dipandu datuknya di Taman Sungai Raya di Langkawi dalam kejadian pada Isnin lalu.

Mangsa dikatakan ditinggalkan kira-kira dua jam oleh datuknya di dalam kereta yang parkir di luar pagar hadapan rumahnya.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu dan datuknya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi (HL).

“Sebelum kejadian, mangsa mengikut datuknya yang berusia 73 tahun menaiki kereta untuk menjemput kakak dan abangnya pulang dari sekolah berhampiran.

“Bagaimanapun, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai tertidur,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Zainuddin berkata, datuknya terus masuk ke rumah selepas tiba di kediamannya dan beranggapan mangsa juga sudah keluar dari kereta.

“Dua jam kemudian, mangsa disedari tidak berada bersama kakak dan abangnya di dalam sebelum ibunya keluar mencari mangsa di rumah datuknya yang terletak berhampiran.

“Pemeriksaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sambil tertiarap di tempat duduk penumpang belakang, sebelum dibawa ke HL dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, laporan awal menunjukkan punca kema[tian disebabkan strok haba dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

“Kes ini masih disiasat dan pihak polis menasihatkan kepada semua ibu bapa atau penjaga agar lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing,” katanya.

#HarianMetro

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Tak mampu bayar bulanan kereta? sewakan kepada kami bulanan anda kami settlekan

 

Reply