You cannot copy content of this page
no comments

Dieorang kata siapa buat se/s dengan dieorang, dieorang akan belanja aiskrim dan coklat.

Di Surau Pun Jadi Asal Bilik Kosong
.

Ini untuk diambik perhatian oleh emak emak di luar sana. Curiga mesti ada . Dengar aduan mereka dan siasat. Jangan kata budak kecik mengada adakan cerita atau menipu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Mak Liza, tolong hide nama saya ye.

Saya juga ada kisah untuk dikongsi kepada semua.

Dulu waktu saya umur 5 atau 6 tahun. Abang-abang sepupu saya ajak saya dan seorang sepupu perempuan saya masuk surau (dekat rumah arwah nenek ada bilik solat khas).

Dieorang kata siapa buat se/s dengan dieorang, dieorang akan belanja aiskrim dan coklat. Saya tolakkk. Saya terus keluar dari situ. Waktu tu Alhamdulillah saya sedikit sebanyak tahu sebab umi ada ajar sentuhan elok dengan tak elok. Tapi sepupu perempuan saya tu mahu dengan ajakan mereka. Saya kecil lagi tak boleh buat apa.

Saya terus keluar cari arwah nenek. Tapi bila saya cerita arwah nenek tak percaya. Dia cakap saya menipu dan mengada-ngadakan cerita.

Dari haritu saya jarang datang rumah nenek sampai lah arwah nenek men/inggal. Sampai sekarang pun saya masih tak rapat dengan abang-abang sepupu saya walaupun mereka sudah berkahwin dan bertaubat sekarang.

Sekarang bila saya fikir, dari mana laaaa dieorang belajar semua tu dulu. Padahal waktu tu abang-abang sepupu saya baru berumur 13 hingga 18tahun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berhati hati dan berawas awas bila balik kampung atau gathering ramai ramai. Jaga anak perempuan masing masing. Tak kiralah majlis kahwin atau hari keluarga.
.

Mak Liza

#KisahDariInbox

Ain Mab Melaka Betul,bila tengok anak2 dgn sepupu sepapat kita fikir tiada bahaya,sebenarnya disitulah bmula

Aeliyana Isman Ya. Last time kecoh dekat twitter kata siapa dapat cousin dia malam raya? Allah. Datangnya Syawal dicemari dengan perkara terkutuk macam tu.

Di Ca/ul Oleh Abang Kandung
.

Peti inbox saya penuh cerita cerita pedo dan grooming hari ni. Yang saya rasa perlu kongsi, akan saya copy dan paste di sini untuk dijadikan pengajaran kepada emak ayah di luar sana . Selama ini mangsa pendam, tak tahu nak bercerita dengan siapa dan meluahkan pada siapa. Kepercayaan hilang apabila emak sendiri pun menidak dan mendiamkan diri.

Ikuti kisah ini …

Ambik iktibar !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum mak Liza,saya ingin berkongsi cerita andai mak Liza sudi baca.

Saya adalah mangsa pedo abang kandung sendiri,kejadian ketika saya berumur 13 tahun.
Saya membesar dalam keluarga yang berpecah belah,Dan terpaksa berhenti Sekolah lepas peperiksaan upsr walaupun keputusan agak baik,masa tu ibu ayah dah bercerai tapi masih duduk serumah tapi masing-masing berkerja dan buat hal sendiri.

Kami adik beradik banyak terabai,keperluan adik2 dan ibu bnyk saya yang uruskan sebab saya seorang je anak perempuan.

Pada satu malam ketika kami semua tidur,saya tersedar bila abang saya tiba2 tarik zip seluar saya,bila saya tanya dia buat apa,dia cuma cakap saya tidur tak zip seluar.

Sebab saya dalam keadaan mengantuk dan tak tahu apa2 pasal grooming,jadi saya abaikan dan tidur semula.

Keesokan pagi nya 2 orang adik lelaki saya cerita yang sebenarnya abang saya meraba kem/luan saya,dan 2 orang adik saya jadi saksi kejadian tu.

Bila saya beritahu ibu mengenai hal tersebut,dia cuma tumpangkan saya dekat rumah kawan dia sekejap dan diamkan sahaja hal tersebut tanpa sebarang pembelaan bagi saya,kerana abg saya adalah anak kesayangan ibu.Hasil dari kejadian tu saya banyak memendam rasa,membenci dan menjauhkan diri dari keluarga,kerap kali ibu menuduh saya mel/cur dan melayan jantan kerana seawal umur 15 tahun saya sudah berkerja dan buat hal sendiri,saya hanya bayarkan sewa rumah dan duit belanja dapur setiap bulan.

Masa ni kami dah berpindah ke Kuala Lumpur dan abang saya tinggal di Johor dengan ayah saya,bagi ibu saya semua kejadian yang jadi ni berpunca dari saya,dan ibu saya pernah cakap yang dia terpaksa tinggalkan anak dia seorang tu semata2 sebab saya.

Sekarang setelah 11tahun berlalu,saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan,saya sentiasa risau dan curiga bila tinggalkan anak dengan suami berdua.

Hubungan saya dan keluarga dah terputus kerana berlaku pergaduhan besar antara saya dan ibu,dan saya luahkan segala yang saya pendam selama ini,tetapi ibu tak terima cuma mengejek saya dengan kejadian tersebut ,ibu juga cakap yang “laki kau ra/a kau boleh pulak”

Dan saya tak mampu nak maaf kan dia…

Andai mak Liza nak berkongsi kisah ni mohon rahsiakan identiti saya,terima kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Agaknya emak ni tak tahu beza yang halal dan yang haram. Sentuhan oleh suami tu halal, sentuhan orang lain tu haram.

Jadi emak ayah di luar sana, dengarlah aduan anak. Kesannya seumur hidup bukan setakat kisah silam masa kecik saja.

.

Mohon emak ayah jadi pendengar aduan anak,

Mak Liza

Reply