You cannot copy content of this page
no comments

Dr Saleh ‘dalang’ pemecatan Pengerusi LPU UPM dimasukkan Hospital Pakar An-Nur

Apakah kerana Dr Mohd Saleh tertekan selepas meletupnya isu pemendekan kontrak adik Raja Perlis oleh Menteri Pendidikan hari ini?

BANGI: Tular gambar Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi  (Akademik Dan Pembangunan) dalam aplikasi whatsapp dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar An-Nur di sini, sejak petang ini selepas mengadu pening, penat dan tidak cukup rehat.

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/dr_salleh_masuh_hospital.jpg

Semoga cepat sembuh Dr Saleh

Bekas CEO UPM Holdings Sdn. Bhd yang kontroversi itu hari ini berhadapan dengan isu tular mengenai pemecatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail tidak sampai setahun perkhidmatannya.

Syed Razlan mempersoalkan Dr Maszlee selepas melantiknya dan kini memendekkan tempoh perkhidmatannya dikeluarkan tanpa beliau dimaklumkan mengenainya terlebih dahulu dan tiada sebarang perbincangan dengan Dr Maszlee.

“Walaupun kuasa untuk pendekkan kontrak pengerusi lembaga pengarah universiti adalah kuasa menteri, adalah lebih elok dan berhemah jika satu pertemuan diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Portal Sabahkini2 mendedahkan dalang disebalik pemecatan YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail ialah Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar yang melobi jawatan Naib Canselor UPM dan menghalang siasatan rasuah UPM Holdings Sdn Bhd .

[ARTIKEL BERKAITAN-Terdesak jawatan NC UPM, tutup kes rasuah, Dr Saleh TKP dalang Pengerusi LPU UPM dipecat Menteri ]

https://sabahkini2.com/public/data/files//FAIL_2019/08/bimbang_rasuah_terdedah_pecat_Pengerusi_LPU_UPM.jpg

 

 

Selepas UMS kini UPM huru-hura kerana Menteri memecat Pengerusi LPU UPM. Bimbang kes rasuah dan salahlaku disiasat maka Syed Razlan perlu disingkirkan. Dalangnya Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar bekas CEO UPM Holdings yang kini adalah TKP Pendidikan Tinggi

Gara-gara permainan pelobi jawatan Naib Canselor UPM Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar bekas CEO UPM Holdings Sdn. Bhd yang kini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik Dan Pembangunan) akhirnya Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, adik Raja Perlis ditamatkan perkhidmatannya, tidak sampai setahun selepas dilantik.

Dr. Mohd Saleh Jaafar TKP PT adalah ahli IKRAM sudah tentu beliau akan menasihatkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik membuang Pengerusi LPU itu memandangkan beliau juga mahu kembali ke UPM sebagai Naib Canselor UPM penghujung tahun ini. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM sekarang hanyalah ‘pak turut’ dan bila-bila masa akan disingkirkan dari jawatan itu.

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/PROF_SALEH.jpg

Dr. Mohd Saleh Jaafar Bekas CEO UPM Holdings Sdn. Bhd kini Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPM

Bukan lagi rahsia Dr. Mohd Saleh Jaafar CEO UPM Holdings Sdn. Bhd yang pernah terlibat salahlaku rasuah di UPM dibuang dari UPM dan kini beliau menggunakan kedudukannya sebagai TKP PT untuk menghalang siasatan dibuat oleh Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail itu Pengerusi LPU itu.

Menurut sumber Dr Maszlee yang pro IKRAM memecat adik Raja Perlis Syed Razlan ketika beliau sedang menyiasat dakwaan salah laku rasuah melibatkan pihak pengurusan tertinggi universiti dan juga bekas CEO UPM Holdings itu.

Ia termasuk siasatan kepada Dr. Mohd Saleh Jaafar sebagai CEO UPM Holdings Sdn. Bhd melantik anak saudaranya Dzulkhairi bin Ahmad (KP 720608-07-5533) sebagai CEO UPM Consultancy & Services Sdn Bhd pada 3 Januari 2019. Terdapat banyak projek berkepentingan dilakukan oleh mereka di UPM.  Kerana tekanan yang begitu kuat dalam siasatan maka Dzulkhairi meletak jawatan pada 15 Julai 2019.

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/DR_SALEH_LANTIK_ANAK_SAUDARA_CEO.jpg

Projek-projek UPM Holdings dan Consultancy UPM diberi kepada pihak yang berkepentingan

Keadaan lebih meruncing apabila Dato’ Wan Azman Wan Omar  Pendaftar UPM yang juga Setiausaha LPU UPM digantung tugas terlibat dengan beberapa kes rasuah seperti pemberian projek kepada anak menantu serta anaknya yang dilantik ke jawatan UPM Holdings.

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/DATO_AZMAN_PENDAFTAR_UPM.jpg

Digantung tugas sebagai Pendaftar dan SU LPU. Kini tugas beliau dipangku oleh Dato’ Azmi Lila

Bimbang terungkit semua perkara, Syed Razlan dipecat melalui sepucuk surat bertarikh 17 Julai, yang ditandatangani oleh Dr Maszlee. Dalam masa sama membuat pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM yang baru kepada Tan Sri Dr Ghauth Jasmon bekas naib canselor Universiti Malaya (UM) berkuat kuasa 19 Ogos ini. Surat pelantikannya yang ditandatangani Maszlee, juga bertarikh 17 Julai turut dalam laman sosial.

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/PECAT_SYED_RAZLAN_1.jpg

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/PECAT_SYED_RAZLAN_2.jpg

Para penasihat IKRAM Dr Maszlee tidak senang dengan siasatan siasatan dalaman di UPM sekarang yang bakal merosakkan nama IKRAM dan mereka mengambil kesempatan ini meletakkan bekas Naib Canselor Pro IKRAM kontroversi Tan Sri Dr Ghauth Jasmon ke UPM untuk mengukuhkan gerakan IKRAM dalam kampus di Malaysia.

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/dr_maszle_lantik_ghauth1.jpg

Tarikh pecat Pengerusi lama dan lantik pengerusi baru pada tarikh yang sama

Syed Razlan juga memberitahu sikap kurang ajar Dr Maszlee selepas melantiknya dan kini memendekkan tempoh perkhidmatannya dikeluarkan tanpa beliau dimaklumkan mengenainya terlebih dahulu dan tiada sebarang perbincangan dengan Dr Maszlee. Tidak hairan jika Syed Razlan memohon penjelasan pemecatannya lebih awal.

“Walaupun kuasa untuk pendekkan kontrak pengerusi lembaga pengarah universiti adalah kuasa menteri, adalah lebih elok dan berhemah jika satu pertemuan diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kalau tidak orang ingat saya ada buat salah sebab orang tidak tahu isi kandungan surat pendekkan kontrak saya itu,”

“Saya difahamkan kononnya mahu pertingkatkan governan dalam universiti, jika begitu buatlah cara governan. Kalau mahu lebih autonomi diberikan kepada universiti awam, jangan masuk campur tangan, lembaga pengarah universiti bukan seorang, ia mengandungi ramai individu yang mempunyai pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman, mereka ini lebih bertanggungjawab,” katanya

Sudah tentu hasil siasatan dalaman yang dijalankan Syed Razlan tidak disenangi oleh pihak-pihak terbabit sehingga terpaksa menghasut menteri untuk memecatnya lebih awal.

“Saya cuma menjalankan tugas yang diarahkan oleh Bahagian Governan IPTA berdasarkan satu aduan yang dibuat kepada jabatan itu pada April lalu,” katanya.

Syed Razlan dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2018 bagi tempoh tiga tahun berakhir pada 2021.

Apakah Syed Razlan akan mendedahkan semua hasil siasatan kes rasuah itu atau menyerahkan kepada SPRM dapat siasatannya sebelum ini.

http://sabahkini2.com/public/data/files/FAIL_2019/08/PENGERUSI_LPU_UPM.jpg

Ghairah memecat Pengerusi dan Naib Canselor

Semua tahu keghairahan Dr Maszlee mahu menggantikan Pengerusi dan Naib Canselor Universiti dengan ‘Geng IKRAM’ dengan memecat pengerusi lembaga pengarah beberapa universiti awam, termasuk UPM.

Universiti lain yang terlibat antaranya ialah Universiti Malaysia Sabah, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Sultan Zainal Abidin, dan Universiti Sains Malaysia.

Terbaru kontroversi ialah menggantikan Pengerusi UMS dan Naib Canselor UMS tanpa terlebih dahulu tidak merujuk kerajaan negeri Sabah. Memendekkan kontrak Naib Canselor UMS secara tidak beradab dan melantik naib Casnselor bukan pilihan Kerajaan Negeri.

Komen-komen netizen dalam laman sosial melihat sikap keterlaluan menteri pendidikan dari Bersatu ini.

“suatu hari ini Dr Mazlee Malik ini juga akan dipecat secara hina, tidak mustahil dengan sikap kurang ajarnya,”.

SPRM digesa menyiasat Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar TKP Pendidikan Tinggi dan Menterinya Dr Maszlee mengapa mereka bimbang siasata kes rasuah UPM terdedah. Pasti ada sesuatu yang disorokkan.

 

sumber : http://sabahkini2.com

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply