You cannot copy content of this page
no comments

Farouk Peru keluarkan fatwa solat jumaat tiada dalam quran maka boleh dibuat hari ahad

Kekeliruan Liberal Tentang Solat Jumaat
=============
1. Kekeliruan golongan liberal nampaknya semakin kritikal. Kalau sebelum ini Farouk Peru menafikan kewujudan pensyariatan Solat Jumaat di dalam al-Quran, terkini terdapat pula dikalangan mereka yang menafikan kewujudan Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Nabi.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

2. Kita sedia maklum bahawa Solat Jumaat telah pun disyariatkan oleh Allah melalui ayat yang ke sembilan daripada Surah al-Jumuaah. Ketika menafsirkan ayat ini, al-Imam al-Tabari menyebutkan:

وذلك هو النداء ، ينادى بالدعاء إلى صلاة الجمعة عند قعود الإمام على المنبر للخطبة

“Ayat tersebut menjelaskan tentang seruan, seruan untuk memanggil (kaum Muslimin) supaya mendirikan Solat Jumaat, (seruan yang dilafazkan) ketika Imam telah bersedia di atas mimbar untuk menyampaikan Khutbah.”

3. al-Imam al-Tabari tidak bersendirian dalam memahami kefarduan Solat Jumaat melalui ayat ini. Majoriti ulama tafsir dan feqah turut berfahaman sedemikian. Anehnya, Farouk Peru pula menafikan kefarduan Solat Jumaat melalui ayat ini. Apakah pemahaman Farouk Peru terhadap bahasa Arab dan ayat al-Quran lebih baik dari para ulama tafsir dan feqah sepanjang zaman?

4. Sarjana hadith turut mengesahkan bahawa perlaksanaan Solat Jumaat telah dilaksanakan di Madinah. Menurut al-Imam Abu Daud, Saidina Abu Umamah As’ad ibn Zurarah adalah sahabat pertama yang membimbing solat tersebut dikalangan Ansar. Ia direkodkan dalam Sunan Abu Daud yang menyebutkan:

كان أبي إذا توجَّه لصلاة الجمعة وسمع الأذان استغفر لأبي أُمَامة، ولمَّا سأله لماذا يستغفر له قال: كان أول من جمع بنا في المدينة

“Abdul Rahman ibn Kaab ibn Malik berkata: Sesungguhnya bapaku (Saidina Ka’ab ibn Malik) ketikamana beliau berjalan untuk menunaikan Solat Jumaat, beliau akan memohon keampunan buat Abu Umamah (As’ad ibn Zurarah). Ketika (Ka’ab) ditanya mengapa engkau memohon keampunan buat Abu Umamah? Saidina Ka’ab menjawab: Kerana dia adalah orang yang pertama membimbing Solat Jumaat di Madinah. (HR Abu Daud, dinilai Sahih oleh al-Bayhaqi, dinilai Hasan oleh Ibn Hajar).

5. Dakwaan Liberal yang menyatakan bahawa Khutbah Jumaat itu tidak wujud adalah dakwaan tidak benar. Mereka menyatakan sekiranya Solat Jumaat difardukan, mengapa Khutbah Jumaat Nabi tidak direkodkan secara bertulis oleh para sahabat?

6. Kekeliruan ini boleh dijelaskan melalui penjelasan yang direkodkan di dalam tesis peringkat Master yang dijalankan di University of Baghdad. Tesis yang menghimpunkan keseluruhan Khutbah Nabi tersebut diselia oleh Prof Dr. Abdul Rahman Wadi. Ketika menjelaskan tentang Khutbah Jumaat, penulis membentangkan sejarah penyampaian Khutbah Jumaat Rasulullah seperti yang direkodkan oleh al-Imam al-Tabari. Kata al-Imam al-Tabari:

حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْجُمَحِيُّ، انه بلغه عن خطبه رسول الله ص فِي أَوَّلِ جُمُعَةٍ صَلاهَا بِالْمَدِينَةِ فِي بَنِي سَالِمِ بْنِ عَوْفٍ

“Said ibn Abdul Rahman al-Jumahi menyampaikan kepadaku tentang Khutbah Jumaat pertama yang disampaikan oleh Rasulullah di Madinah di perkampungan Bani Salim ibn Auf.” (Tarikh al-Tabari, 2/394)

7. al-Imam al-Tabari kemudian menukilkan keseluruhan isi Khutbah yang disampaikan oleh Baginda Nabi. Bagi meringkaskan ruang perbahasan, saya tidak bercadang untuk menukilkan keseluruhan Khutbah Jumaat tersebut di sini. Namun sekiranya golongan Liberal berhasrat untuk mengkaji Khutbah tersebut, mereka bolehlah merujuk karya al-Imam al-Tabari yang berjudul Tarikh al-Tabari, Cetakan Dar al-Turath, Beirut, yang diterbitkan pada tahun 1387 Hijriyyah/ 1967 Masihi. Sila rujuk jilid yang kedua, mukasurat 394.

8. al-Imam al-Baihaqi pula memperincikan penampilan Rasulullah ketika menyampaikan Khutbah Jumaat. Beliau meriwayatkan:

كان إذا خَطَبَ في الحَربِ خَطَبَ على قَوسٍ، وإِذا خَطَبَ في الجُمُعَةِ خَطَبَ على عَصًا

“Sesungguhnya Rasulullah sekiranya berkhutbah di medan perang, Baginda akan memegang busur panah. Dan sekiranya Rasulullah berkhutbah pada hari jumaat, Baginda akan memegang tongkatnya.” (HR al-Baihaqi dan Ibn Majah, dinilai daif)

9. al-Imam Ibn Khuzaimah pula menjelaskan tentang ayat al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah ketika menyampaikan Khutbah Jumaat. Ia diceritakan oleh Ummu Hisham bint Harithah yang menceritakan:

قَرَأْتُ (ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ (مِنْ فِيّ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ يَقْرَؤُهَا كُلَّ جُمُعَةٍ عَلَى الْمِنْبَرِ إِذَا خَطَبَ النَّاسَ.

“Aku mendengar dan mempelajari Surah Qaf dari mulut Rasulullah ketika Baginda membacanya dalam keadaan berkhutbah di atas mimbar pada hari jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah)

10. Terdapat terlalu banyak perincian tentang kaedah penyampaian Khutbah Jumaat oleh Rasulullah seperti yang direkodkan oleh sarjana Muslim. Selain perincian ini, terdapat beberapa karya khusus yang menghimpunkan khutbah-khutbah Rasulullah, termasuklah khutbah Baginda ketika Solat Jumaat. Sekiranya golongan Liberal berminat, mereka boleh mendapatkannya dipautan dibawah:

a. Tesis Master yang menghimpunkan khutbah-khutbah Rasulullah:

http://thesis.mandumah.com/Record/154799

b. Karya Sheikh Muhammad Khalil al-Khatib yang turut menghimpunkan khutbah-khutbah Rasulullah:

https://waqfeya.com/book.php?bid=10771

11. Bahkan, tahukah anda bahawa Syiah dan Ahmadiyyah yang sebahagiannya dihukum sebagai sesat pun masih mengakui dan mengamalkan Solat Jumaat? Liberal nampaknya lebih keliru dari mereka kerana bukan sahaja menafikan Solat Jumaat ini wujud di dalam al-Quran bahkan menidakkan pengriwayatan khutbah-khutbah Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply