no comments

Formula genius tak menjadi akhirnya ini yang berlaku pada Rafizi Ramli setelah sekian lama menghilang

KITA pastinya merindui formula Rafizi Ramli untuk menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda negara.

Rafizi nama yang tidak asing ‘dalam menciptakan formula genius’ seperti penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan sebagainya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), Rafizi kemudiannya menyepi dari mencipta formula-formula ‘geniusnya’.

Cerita Rafizi hanyalah tentang perebutan kerusi Timbalan Presiden PKR dan ketika melenting saat dikaitkan dengan dalang tersebarnya video semburit rakan partinya sendiri iaitu Azmin Ali.

Sebenarnya, Rafizi dilaporkan sedang bercuti di New York bersama keluarga dan menghadiri perkahwinan rakan karibnya di negara Uncle Sam itu.

https://nthqibord.com/wp-content/uploads/2019/07/RAFIZIRAMLI-USA-696x441.jpg

Rafizi tidak lagi aktif membuat kira-kira formula walaupun kos sara hidup masih tinggi dan harga minyak masih sama seperti zaman Barisan Nasional.

Rafizi juga diam membisu dalam kemelut Felda dan membiarkan Azmin ‘terkontang-kanting’ sehingga di boo para peneroka baru-baru ini di Kuantan.

Rafizi juga tidak memberi jawapan di sebalik kebimbangan rakyat dalam isu pengangguran yang semakin meruncing walhal Pakatan Harapan itu pernah berjanji akan meningkatkan peluang pekerjaan sekiranya mereka menjadi kerajaan persekutuan seperti hari ini.

Rafizi juga tidak berkata apa-apa saat hampir ke semua aset negara dijual dan ketidakstabilan MAS untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai syarikat penerbangan kebanggaan negara.

Pastinya kepulangan Rafizi dari New York sangat dinanti-nantikan dan kita mahu mendengar semula formula baru dari Rafizi, ‘insan yang pernah dijulang sebagai pejuang rakyat ini’.

Selamat bercuti dan selamat kembali Rafizi!- NTHQiBord, 11 Julai 2019.

video formula Rafizi Hapuskan PTPTN dan berikan pendidikan percuma

 

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Mahathir Offer PAS & UMNO serta Parti Melayu sertai PPBM lumpuhkan PH?

Video: tarian berah! di majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia

Video kelakar nyanyian Anwar Ibrahim yang buatkan ramai gelak terguling-guling

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Reply