You cannot copy content of this page
no comments

Hempedu Rosak Akibat Produk Sampah!!Obses nak cantik cepat

 

#ShareDpkk!!
#Hempedu_Rosak_Akibat_Produk_Sampah!!

Bersyukur la bila ada orang remind, orang upkan tentang bahaya produk kilo, jamu ke[tat sana sini, ubat ke[tat melekat poenn and suppliment over claim ni.

Tak kisah la cara dia remind tu kasar ke or dia sendiri tak berapa nak betul tapi ambil part yang betul tu, terima and hadam. Jangan ambil part yang negative. Senang cerita selagi tak kena selagi tu orang tak akan percaya dan terus jual atau pakai.

Saya salah seorang yang degil dulu. Saya jual produk timbang kilo dan saya suka makan suppliment putih kulit, kurus dan macam2 lagi tapi bukan dalam satu masa. Saya guna segala bagai jamu mak nenek , gel itu ini masuk lubang sana sini konon nak ketat kemut la.

Akibatnya??kulit dari normal jadi super sensitive sebab pakai produk timbang kilo, kulit jadi nipis, pedih yang ada kelulusan katanya. Makan tahun nak elok balik tapi still effect nya sampai sekarang terasa. 😑

Bacaan darah dan hati terlampau tinggi,ni yang nak nangis!!alhamdulillah lepas operate je bacaan hati dan ok, syukur. Disebabkan effect long term suka makan suppliment, yea semua suppliment tu ada kelulusan katanya yea, siap boleh keluar tv sana sini, taja sana sini.

Wawa ni dah keluar masuk hospital sebab masalah hati ni since diploma tahun 2009 lagi sebab masa tu dah consume macam-macam suppliment tapi yealah kesedaran tak ada lagi dan terus kan makan lagi dan lagi dan lagi. Start awal tahun ni 2018 makin teruk sampai tahap tak boleh bangun, tak blh bernafas, sakit terlampau sakit rasa nak hilang nyawa, jadi pergi la check, and doc kata dah teruk.

Tapi hempedu kena buang, tak berfungsi, tak boleh diselamatkan dah hempedu tu plus ada batu, jadi buang terus. Now dah sihat.

Gel, jamu ke[mut2, ketat itu ini, effect nya?kena jangkitan kuman dekat poeennn, tobat tak pakai dah.

Saya pernah bodoh dan dah dapat pun effectnya , lepas dapat effect macam biasa la baru reti nak cerdik sikit. Jadi maybe anda nak tunggu hilang organ2 or muka jadi mak lampir baru nak sedar la kot kan. Tak pe saya faham sebab saya juga pernah “bodoh” macam ni dulu.

Boleh nak sokong produk orang kita tapi sokong la yang betul-betul ada kelulusan dan berkualiti, contoh nya Simply siti, Annona,dermags dan byk lagi produk2 yang berkualiti. Anda sedar atau tak dengan membeli produk yang tidak berkualiti anda bukan bantu menyokong “orang kita” tapi anda membantu membinasakan diri sendiri serta orang lain.

Dalam masa yang sama anda sokong “founder puaka” ni terus menyebarkan keburukan pada orang lain. Anda rasa perkara itu bagus?fikir kan .

Semoga perkongsian saya membuka mata anda supaya tidak terus diperbodohkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan perkataan “nak bantu” masalah anda.

No mereka hanya nak kenyang perut mereka sendiri dan tidak sedikit pun mereka peduli kalau anda sakit, founder sampah ni juga tak akan bantu anda bayar bil hospital effect dari produk sampah mereka. Saya tak mention produk sebab saya tak mahu burukan sesiapa, cukup sekadar memberi kesedaran kepada anda . Saya share bukan sebab nak memperbodohkan sesiapa tapi nak elakan anda dari diperbodohkan oleh “Mereka”.

Btw, bil hospital utk buang hempedu tu total RM 17 ribu, yes insurans yang bayar, bukan founder sampah yang bayar. Tak payah la sibuk kejar reward RM21K tu sampai lupa nak simpan duit utk berubat kemudian hari nanti. Boleh je nak pergi hos gov tp kena tunggu giliran la and tahan la sakit tu.

Ambil yang positive!!

psstt: Tu gambar hempedu wawa yang dah dibuang, bawah tu gambar asid dalam perut sbb mula-mula ingat gastrik tp bukan, seksa tau kena masuk camera dalam perut!!

Pada yang tak setuju and nak kecam saya tu tak apa sebab saya faham, pandangan kita pernah sama bahawa lain kulit lain penerimaan, lain badan lain penerimaan tapi ianya jadi berbeza selepas saya dapat effectnya 😊

Edit post: Sambungan part 2.

Since ramai tanya tanda-tanda sakit tu macam mana. Kenapa boleh jadi semua. Terkejut ramai yang share, niat nak bagi kesedaran supaya tak ada lagi yang ulang kesilapan saya tapi kena kutuk balik. Sebab tu malas bagitau produk apa yang wawa consume sebab nanti lagi ramai mak cik bawang cakap macam-macam.

Untuk pengetahuan semua saya suka consume suppliment jamu, collagen and macam-macam lagi since 2009, masa tu saya baru 18 tahun!!budak lagi dan tak tahu apa-apa. Ada orang kata dah bagitau byk kali pun otak letak dekat mana, macam2 kutuk saya. Saya just nak bagitau masa 2009 tu tak ada pun squad pengguna bijak cerdik, masa tu tak ramai yang share keburukkan thru media sosial ni. Bila dah start ada orang yang share tentang keburukkan produk ni dalam tahun2 lepas slowly saya stop, tp masih ambil collagen and jamu2 ni, produk kilo memang stop terus. Masa tu hati saya mmg dah start ada masalah, tak silap masa 2010-2011 mmg dah start keluar masuk hospital tapi tak tau punca apa jadi teruskan consume.

Then dalam 2 tahun lepas masa dah ada anak, ramai dah doc dan aktivis yang share semua keb

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Tak mampu bayar bulanan kereta? sewakan kepada kami bulanan anda kami settlekan

 

Reply