You cannot copy content of this page
no comments

H!na askar kerja makan dan tidur : Koon Yew Yin menyesal dan mohon maaf

IPOH 14 Ogos – Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 12 Ogos lalu yang mendakwa anggota tentera hanya makan dan tidur.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam laman blog kendaliannya hari ini sambil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, beliau kesal dan memohon maaf dengan seikhlas hati kepada anggota tentera sama ada yang telah bersara atau yang masih berkhidmat.

“Saya menyatakan anggota tentera Malaysia tidak berbuat apa-apa selain makan dan tidur, keadaan ini tidak benar.

“Saya kesal dengan ‘nada’ yang saya gunakan dalam kenyataan saya tempoh hari namun bukan niat saya untuk memfitnah atau memperkecil-kecilkan anggota tentera.

“Saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf di atas kesilapan saya. Saya tidak pernah berniat mahu menghina anggota tentera,” tulis beliau dalam

laman blognya hari ini.

Yew Yin turut menyatakan rasa bangganya menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa bersyukur dengan kesetiaan dan dedikasi anggota tentera.

Menurutnya, malah beliau pernah melalui zaman Perang Dunia Kedua ketika kanak-kanak dan menyaksikan sendiri pengorbanan anggota tentera mempertahankan rakyat dan negara tercinta.

Beliau berkata, maka adalah sesuatu yang bodoh untuk beliau melupakan pengalaman yang dilaluinya itu semasa menulis artikel tempoh hari.

“Kata-kata mungkin tidak cukup untuk menggambarkan betapa saya memohon maaf. Sekali lagi saya ingin memohon maaf,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

 

Reply