You cannot copy content of this page
no comments

Kalau memancing dapat ikan haruan, jangan terus siang ikan tu..


“Kalau memancing dapat ikan haruan, jangan terus siang ikan tu…kalau hidup, kurung haruan dalam bekas semalaman. Tujuan; untuk dia luahkan balik apa dalam perut dia tu. Haruan akan luah semua dalam perut dia, apa yang dia makan bila kita kurung semalaman. Kalau ikan tu dah mati, mmg tak boleh buat apa la..macam2 dalam perut haruan tu. Ikan haruan memang macam ni; anak ular, anak ikan, katak, udang suma dia bedal. Ni pengalaman yang ayah saya ajar. Kami orang kampung, orang bendang…Cuma berkongsi, sekian.”

Kredit: Cerd Rotted

Tehha Rusdan Saya dah bagi tahu jiran-jiran pasal berita nie..
Dekat adik beradik je belum lagi..
Sekarang saya dalam perjalanan nak balik kampung bagi tahu dekat Orang Kampung pulak.. Doakan saya selamat sampai…
Sekian,terima kasih…

Rose Ismail Ikan haruan baik utk menyembuh luka pembedahan selalunya d buat sup.

Leeyz Za Za Kat tempt kami ikan ni kami x mkn kecuali utk tujuan perubatan, klu saja2 utk buat lauk tu xda la..

Zai Ton Dulu aruah maktok kami suka megail ikn darat ikn puyu haa dulu lgi sdap hbaq hampa dpt ikn haruan besaq memng besaq laa haa selalu aruah tok kami mkn ikn nih tengah rancak besiang nk buang peruu haaa teddiaaa nanglaa ingt apa qupanya nehhhaiiii kak ti haa hampa tau kali tu sampai laa tok kami dah meninggal tequih dia x mkn

Suzy Zainun Tq for sharing.. Teringat dulu kan masa arwah abah saya mancing dpt la ikan haruan, pas tu letak dlm.baldi ttp, esok nya tgok haruan hilang.. carik smpi sudah x jumpa.. klu haruan tu melompat, mesti mati.. ini xada..

Siti Zakiah Nayan Tunjuk p la apa pun…mai terhidang depan mata…saya makan ja penuh selera…sbb sedap ikan darat ni…geli apa nya..dah basuh elok2..selawat jgn lupa..masak la dgn penuh kasih syg…

Hindon Faizalizz alamak selama ni mmg makan ikan ni, masa lahir ceaser dlu pun 20 hari makan ikan ni je .. makan ikan ni luka cantik je xde keloid.. kering bersih .. makan goreng n bakar, xtahu pulak dlm perut ade mcm2.. xpernah jumpa pun, omaigadđŸ˜© terus loya..

Azizah Sabri Sabri Saya Anak peneroka Felda
Saya pn membesar dgn mkn ikan ni.arwah Ayah slalu memancing ikan ni.
Tapi sepanjang pengalaman saya dh berusia hujung 40an.
Tk pernah jumpa lagi benda pelik2 dlm Perut ikan ni
#tetiba je tk lalu dah mcm ikan ni

Mardiah Mat Kasa Semanjak dari kecil sampai lah ka tua ni selalu sangat jumpa ikan haruan aruah suami mengiwang memancing dapat ikan haruan yg besar mimang selalu di kurung dulu himpum bagi banyak na jual tapi sekali pun tak pernah jumpa yg lain cuma kadang cuma anak puyu yg kecil saja dalam air bekas tempat kurung ikan tu

Azmi Mohd Salleh Masa di kampung dulu, saya memang penggemar ikan haruan ini. Tetapi, pada suatu hari tu ketika ikan ini disiangkan, saya lihat ada katak sedangkan sebelumnya selepas disiang dan dibelah perutnya, tiada haiwan asing dalam perut ikan itu. Sejak itu, saya jadi tiada selera nak makan ikan haruan walaupun ia mempunyai khasiat perubatan. Jadi, apabila dapat ikan ini hasil pancing dan timba lubuk ikan, saya jual terus kepada pembeli.

Suamiku IMAMKU Isteriku MAKMUMKU

Reply