You cannot copy content of this page
no comments

Keluarga sahkan mayat ditemui adalah Nora Anne

KELUARGA mengesahkan mayat wanita yang ditemui di kawasan hutan di Pantai, Seremban, tengah hari ini, adalah Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pengesahan itu diperoleh selepas keluarga membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Keluarga dibawa untuk pengecaman mayat dan mereka mengesahkan mayat itu adalah Nora Anne.

“Proses bedah siasat akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Hospital Kuala Lumpur pada 10 pagi esok,” katanya pada sidang media di Unit Forensik HTJS, malam ini.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa dilaporkan hilang masih diteruskan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

“Operasi SAR tidak berhenti lagi untuk kita jalankan siasatan lanjut. Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Terdahulu, ahli keluarga remaja itu dilihat hadir di Unit Forensik HTJS untuk membuat proses pengecaman, pada 8.40 malam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Mayat Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang hari ini.

Mayat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi dan menyelamat (SAR) berkenaan.

Mayat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, mayat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

Kawasan mayat berkenaan ditemui termasuk dalam liputan kawasan pencarian pasukan SAR sebelum ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

 

Reply