You cannot copy content of this page
no comments

Padah sound ‘otai’ ini jawapan padu Mahathir buat Charles Santiago sungguh makan dalam!

LANGKAWI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam nada sinis hari ini menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ketika ini ‘setaraf’ dengan dirinya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP terbabit terhadapnya yang dikatakan sering membuat keputusan secara berseorangan.

“Di masa depan (nanti) apabila saya nak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Santiago, boleh atau tidak boleh buat.

“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya,” katanya secara sinis.

Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Daging Korban peringkat DUN Ayer Hangat di Masjid Al-Hana, Padang Matsirat pada Isnin.

Hari ini, Santiago dalam satu catatan di laman Facebook rasminya, berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan.

Tambahnya, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

 

PM buat keputusan berseorangan

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyuarakan kebimbangannya tentang pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Kata pemimpin DAP itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sering membuat keputusan secara berseorangan dan seolah-olah mahu menunjukkan beliau berkuasa walaupun datang dari parti yang kecil.

Beliau memberi contoh isu pengajaran seni khat Jawi di sekolah yang timbul baru-baru ini, yang mana beliau mendakwa Dr. Mahathir melakukan keputusan dengan sewenang-wenangnya.

“Saya pasti (Dr.) Mahathir dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tahu isu ini sensitif sebelum ia timbul lagi.

“Mengapa rakyat was-was dengan kerajaan (tentang isu Jawi)? Kerana PH melindungi pendakwah kontroversi, (Dr.) Zakir Naik,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Selain isu Zakir Naik, Charles turut mengaitkan situasi tersebut dengan beberapa isu lain seperti penolakan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Statut Rom dan kilang Lynas.

“Kerajaan ini tiada rekod yang baik untuk mendapat keyakinan rakyat. Sebaliknya, rakyat berang, marah dan mengugut untuk tidak mengundi kita pada pilihan raya akan datang. Saya faham kemarahan mereka.

“(Dr.) Mahathir sepatutnya sudah boleh membaca perasaan rakyat ketika ini. Dan dia mesti faham bahawa keputusan secara sewenang-wenangnya tanpa perbincangan tidak akan membawa dia jauh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply