no comments

‘Pasar Jodoh’ Ini Menjual Gadis Yang Masih Dara Untuk Dijadikan Isteri Dengan Harga Serendah RM1,600

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia berkenaan satu video bertajuk Wang Hantaran Nak Berapa Ribu? di LEJEN TV.

Seorang gadis di dalam video tersebut telah mengeluarakan kenyataan bahawa seseorang yang berpendidikan Ijazah wajar mendapat wang hantaran paling kurang RM 10,000 sehingga RM 15,000. Namun, kenyataan gadis tersebut telah mencetuskan kecaman yang hebat terutamanya dari golongan lelaki.

Berlainan pula di Bulgaria, kota tertua Zagora. Anak gadis di sana tanpa pendidikan, mereka dibeli dengan harga mencecah ribuan euro, kira-kira RM 10,000. Jika lebih cantik, badan lebih mantap, harganya akan lebih tinggi.

Di Bulgaria terdapat sebuah pasar aneh yang dipanggil pasar pengantin. Ramai gadis muda yang dihias dengan solekan tebal, berpakaian rapi dan memakai kasut tumit tinggi menunggu untuk dibeli oleh suami.

Pasar ini diadakan sebanyak empat kali setahun. Di pasar pengantin ini, ibu bersama anak lelaki akan datang untuk memilih menantu. Malahan, peha gadis tersebut akan dicubit dahulu untuk memperlihatkan kesuburan mereka.

Harga yang diberikan kepada pengantin perempuan sekitar RM 12,000 sehingga RM 24,000. Namun, kebelakangan ini harga pengantin telah menurun sehingga RM 1,600.

Kepada sesiapa yang mahu bernikah dengan gadis eropah yang cantik dan wang hantaran yang boleh ditawar-menawar, bolehlah ke pasar pengantin di Bulgaria. Untung saja nanti dapat anak berwajah persis mat salih.

sumber : iamlejen.com

HUKUM MEMINTA HANTARAN MAHAL HINGGA MENYUSAHKAN PIHAK LELAKI

 

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh kepada adat resam, terutamanya dalam tuntutan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan akan dianggap seperti tidak lengkap jika adat resam diketepikan.

Semua orang mahu kahwin tetapi ramai lelaki bujang terpaksa menangguh niat itu kerana beberapa sebab. Salah satu sebabnya berkait rapat dengan kos yang perlu ditanggung. Mengapa masyarakat Melayu amat mementingkan adat resam yang membebankan tanpa sedar telah mengikut budaya jahiliyyah.

Sebenarnya prinsip ajaran islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. (Surah An-Nisaa’ – Ayat 4) , Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari ).

Dari hadith di atas nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat .

Bahagian Mahar:

1. Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

2. Mahar Musamma. Iaitu mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan itu.

Wang hantaran yang tinggi inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin. Apabila sudah ramai muslim yang berfikir dan bertindak sedemikian, mereka seperti “membudayakan” kebiasaan meminta mas kahwin yang berlebih-lebihan sebagaimana yang berlaku dalam zaman jahiliyyah.

Akibatnya ramai kaum pemuda yang tidak mampu mendirikan rumah tangga, penyakit sosial bertambah luas dan akhirnya banyak sekali lelaki dan wanita yang hidup merana disebabkan oleh” krisis perkahwinan”.

Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi, memang susah untuk kita laksanakan syariat Islam, ditambah pula persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku

 

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Mahathir Offer PAS & UMNO serta Parti Melayu sertai PPBM lumpuhkan PH?

Video: tarian berah! di majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia

Video kelakar nyanyian Anwar Ibrahim yang buatkan ramai gelak terguling-guling

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Reply