no comments

Pelawa PAS & UMNO Join PPBM, Lim Guan Eng beri amaran pada Mahathir

PULAU PINANG 6 Julai – DAP berharap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad konsisten dengan pendirian sebelum ini untuk tidak menerima mana-mana pemimpin yang terlibat dalam rasuah atau skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi ahli parti tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebelum ini juga Bersatu pernah menerima kemasukan beberapa pemimpin daripada UMNO yang tidak terpalit dengan skandal 1MDB malah pemimpin berkenaan juga perlu melalui proses tapisan serta saringan terlebih dahulu.

“Saya belum baca kenyataan terbaharu Dr. Mahathir, tetapi sebelum ini memang Bersatu ada terima ahli UMNO tetapi ada orang yang Dr. Mahathir tidak akan terima.

“Sebelum ini Dr. Mahathir ada sebut tentang ‘cooling period’ untuk buat penilaian sebelum menerima keahlian pemimpin tersebut, jadi saya harap apa yang dicakap adalah konsisten dengan apa yang berlaku sebelum ini “ katanya dalam sidang akhbar di Perpustakaan Digital Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Dr. Mahathir yang mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam. – UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.931186.1562382238!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpg

dalam masa yang sama MOHD. REDZUAN MD YUSOF memberi pandangan agar seruan Mahathir perlu di lihat dari sudut positif selepas Tun pelawa PAS & UMNO serta PPBM

SERUAN Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu tempatan bergabung menyertai Bersatu harus dilihat secara positif bagi mengelakkan perpecahan bangsa yang berpanjangan.

Seperti yang disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir, kebimbangan itu ada bernasnya. Ini kerana di mata kasar terlalu banyak parti memperjuangkan bangsa Melayu sedangkan hakikatnya mempunyai ahli yang sedikit.

Sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat, saya menyokong penuh cadangan ini. Melalui penggabungan, fokus mentadbir negara lebih lancar kerana berkiblatkan arah yang sama, apatah lagi ia membabitkan isu bangsa dan agama.

Pada pandangan saya, kita boleh berbeza pendapat dalam pelbagai perkara, namun apabila disentuh soal bangsa dan agama, ia adalah perkara yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan.

Pada zaman media sosial menguasai segala maklumat tanpa sempadan, isu yang kecil sering diperbesarkan sehingga mencetus kemarahan.

Masalah ini hanya dapat diselesaikan jika Melayu bersatu hati serta mempunyai idealogi yang sama.

Perpaduan yang kita bina hari ini bukanlah atas dasar politik semata-mata tetapi demi masa depan orang Melayu akan datang iaitu generasi anak cucu kita.

Seperti yang disuarakan Tun Dr. Mahathir, saya berharap semua parti Melayu dapat menerima kenyataan beliau dengan hati yang terbuka.

Melalui penggabungan ini, saya yakin ia bakal memberikan satu impak yang besar kepada negara. Melalui penyatuan ini, saya yakin kepentingan orang Melayu akan lebih terjaga.

Inspirasi kita tetap sama iaitu inginkan suasana muhibah dan perpaduan itu terus kukuh. Kesepakatan akan wujud melalui kewarasan fikiran. Apalah makna kehidupan andai dilingkari persengketaan dan perbalahan.

Percikan api perkauman memang mudah dimulakan tetapi untuk memadamnya amat sukar. Sudah sampai masanya kita bersatu demi perpaduan dan kepentingan bangsa kita, Bangsa Melayu!.

Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

sumber : utusan

 

 

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Mahathir Offer PAS & UMNO serta Parti Melayu sertai PPBM lumpuhkan PH?

Video: tarian berah! di majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia

Panggil cikgu pondan, rupanya budak dirotan kaki pub dan pelajar bodoh!- netizen buka rahsia

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Reply