You cannot copy content of this page
no comments

PERHATIAN! Ini adalah salah satu produk berus yang dijual di Mr DIY-bulu babi

 

PERHATIAN! Ini adalah salah satu produk berus yang dijual di Mr DIY. Berus adalah dibuat dr bulu babi – maksud “cerdo” dalam bahasa sepanyol. Dulu saya pernah hampir membeli berus ni tapi bila smpai di counter ada cashier perempuan muslim yang ber tangungjawab memberitahu hal ini. Namun ada berapa ramai cashier Mr DIY yang ber tangungjawab macam dia? Yang lebih menjijikkan bila pihak pengurusan DIY memadamkn dengan marker hitam material berus dalam bahasa english.”

Psst: Biadap punya peniaga. Siap padam dengan marker lagi.

SHARE!

Pernah heboh dahulu tentang kewujudan berus yang diperbuat daripada bulu khinzir. Ternyata, ramai masih terlepas pandang dan tak ambil endah tentang pemilihan berus mekap.

Untuk pencerahan semua, Wanista ajarkan cara membezakan berus mekap sintetik dengan berus yang diperbuat daripada bulu bintang.

 

Bulu berus sintetik biasanya diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang manakala bulu berus binatang asli adalah bersumberkan helaian bulu yang biasanya diambil daripada kambing, khinzir, anak kuda, tupai dan lain-lain.

Bulu Binatang Lembut, Sesuai Menyapu Solekan Serbuk

Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan, berus mekap yang berasaskan bulu binatang lebih lembut teksturnya. Misalnya, bulu kambing sering dijadikan berus bedak dan berus pemerah pipi kerana seratnya yang lebih lembut dan mampu memberikan sapuan produk yang lebih sekata pada permukaan kulit.

Manakala, bulu cerpelai (yang diambil daripada bahagian ekornya), anak kuda dan tupai pula sering dijadikan berus solekan mata kerana ia mampu meratakan produk secara tepat.

Bulu Sintetik Lebih Sesuai Untuk Sapuan Solekan Berkrim

Menurut jurusolek profesional, mereka banyak menggunakan berus sinteteik untuk menyapu solekan berasaskan krim seperti bedak asas (foundation), cream contour dan lain-lain. Sebab itu apabila dicuci, sellaunya kesan warna produk akan melekat pada bulu dan sukar hilang. Ini kerana serat bulu sinteteik adalah dariapda plastik jenis nilon, taklon dan natrafil.

Cara Kenal Pasti Berus Bulu Khinzir

Beruntung andai penjual melabelnya dengan tanda “HARAM” atau berupa peringatan agar pengguna muslim tidak memegang dan membelinya tanpa menyedari di toko-toko yang menjual berus. Di Sephora juga ada sesetengah berus mekap yang akan dilitup dengan plastik dan diletak label menandakan ia adalah berus yang diperbuat daripada bulu khinzir.
Bulu asli khinzir biasanya dipanggil dengan istilah “Hog Bristle”, “Pig Bristle” atau “Boar Bristle”. Sumber: Google Images

Ada beberapa cara bagaimana kamu boleh mengenal pasti sama ada bulu berus tersebut adalah sintetik atau bulu binatang iaitu dengan membakarnya. Jika bau bulu berus adalah seperti bau daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang asli. Satu lagi cara adalah dengan melihat hujung berus… Jika ia bercabang, itu mungkin bulu khinzir.

MUA Ajar Kenal Pasti Berus Bulu Sintetik & Bulu Binatang

Jadi hati-hati kalau membeli berus secara atas talian. Ini kerana penjual gemar mengambil stok daripada Taiwan dan sekitar China kerana harga pasanranya jauh lebih murah. Memang bulu binatang itu lebih halus tetapi dunia hari ini menawarkan pelbagai jenis bulu sintetik yang juga bertekstur lembut biarpun harganya sedikit mahal.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua! ❤

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

 

Reply