You cannot copy content of this page
no comments

PKR beri amaran keras pada Azmin

KUALA LUMPUR 28 Julai – Semua pemimpin PKR diingatkan supaya hadir dalam segala acara yang dilangsungkan parti khususnya mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membolehkan segala pelarasan dasar serta keputusan terbaik dapat dilakukan.

Itu ulasan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika ditanya pemberita mengenai kegagalan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadirkan diri dalam mesyuarat MPP yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Fahmi, kepemimpinan tertinggi boleh mengambil tindakan lanjut sekiranya masih ada pemimpin-pemimpin tertentu tidak hadir ke acara yang dilangsungkan parti.

“Semua pemimpin telah diingatkan untuk hadir dan memberi keutamaan kepada mesyuarat ini. Hal ini supaya kita boleh sebagai satu parti menyelaraskan segala dasar dan keputusan yang diambil dengan lebih baik,” katanya memetik portal Free Malaysia Today hari ini.

Selain mesyuarat MMP hari ini, Mohamed Azmin juga gagal menghadirkan diri pada sesi pemukiman parti itu minggu lalu.

Kegagalan Mohamed Azmin hadir dalam beberapa acara yang dilangsungkan partinya itu menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak mengenai hubungan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat semakin dingin. – UTUSAN ONLINE

Gerakan terima Azmin dengan tangan terbuka

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menerima Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan tangan terbuka jika benar Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berhasrat menyertai parti tersebut.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, parti itu mengucapkan selamat datang kepada Timbalan Presiden PKR itu sekiranya mahu bersama Gerakan.

“Tapi saya tak boleh komen lanjut, mungkin ada perbincangan antara Presiden Gerakan (Datuk Dominic Lau) dengan Azmin. Itu awak kena tanya Presiden saya,” katanya memetik laporan portal berita, Harian Metro semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk G Parameswaran pula berkata, parti itu mampu ‘bangkit semula’ jika benar Mohamed Azmin menyertai parti tersebut.

Satu sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, setakat ini pemimpin PKR yang mewakili Mohamed Azmin masih berbincang dengan pemimpin Gerakan.

Bagaimanapun, Setiausaha Azmin, Hilman Idham sebelum itu menggunakan perkataan ‘mustahil’ merujuk kepada pertanyaan media berhubung desas-desus bosnya meninggalkan PKR.

“Azmin ada dukungan yang cukup kuat dalam kalangan pimpinan parti, sama ada dalam Majlis Pimpinan Pusat, Angkatan Muda Keadilan dan juga Wanita PKR,” katanya kepada Sinar Harian.

Untuk rekod, pada Jun 2018, Gerakan mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti bebas.

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply