You cannot copy content of this page
no comments

Rehal tu bukan takat nak lapik kitab, lapik ponggong pun boleh kata Timbalan YDP YADIM

Lapik punggung pun boleh’ – TYDP YADIM

ISU struktur replika rehal pada bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru sahaja reda tetapi Timbalan YDP YADIM yang merupakan lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan keji dan tidak matang.

“Rehal tu bukan takat nak lapik kitab, lapik ponggong pun boleh. Makruh pun tidak,” kata beliau dalam satu hantaran Facebook Ustaz Zolkarnain Abidin yang juga merupakan Pengarah Hal Ehwal Syariah parti AMANAH.

Ini merupakan satu kenyataan yang keji malah hipokrit kerana mereka inilah yang sering mengadu domba seolah-olah orang Islam ketandusan akhlak terutamanya dalam berpolitik.

Tetapi kenyataan ini agak keterlaluan tatkala semua polemik sudah reda dan selesai selepas penjelasan dari pihak DBP sendiri.

Kaedah Fekah yang disepakati oleh para ulama empat mazhab ialah “Uruf diperhukumkan“.Rehal sebagai tempat letak benda paling suci atas dunia iaitu Al-Quran merupakan uruf orang Islam sedunia.

Maka, makruh diletak punggung, dan kalau dengan maksud menghina, jadi haram. Dalilnya ialah “Qa’idah Fekah”Mana sensitiviti seorang yang berjawatan tinggi dalam agensi dakwah negara ini?

Sememangnya ini amat memalukan dan satu contoh yang tidak baik kepada umat Islam malah kepada masyarakat bukan Islam juga.

Sesungguhnya dengan akhlak sebegini, mereka tidak layak menggunakan slogan “rahmatan lil alamin” lebih-lebih lagi oleh seorang pemimpin hal ehwal syariah organisasi/parti.

Inilah natijah melantik orang politik dan tidak berkelayakan dalam institusi dakwah negara. Merosakkan.

GERAKAN PENGUNDI SEDAR, 10/8/2019

 

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

 

Reply