You cannot copy content of this page
no comments

Respon Faizal Tahir gambar b*gel tular di internet

“Kalau ini percubaan untuk orang mengacau rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk dia,” kata penyanyi, komposer dan penerbit Faizal Tahir mengenai foto bogel miripnya yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Tidak mengesahkan atau menafikan perkara terbabit, Faizal lebih selesa membiarkan wargamaya membuat spekulasi sendiri mengenai isu foto bogel terbabit.

“Saya rasa saya tak perlu jawab apa-apa kerana apa yang penting, isteri saya dan Allah sahaja yang tahu mengenai perkara ini.

“Biar netizen menilai sendiri. Terpulang kalau orang kata ia saya, tak ada apa yang perlu saya sorokkan,” katanya.

Faizal ditemui di majlis pelancaran album terakhirnya yang berjudul Rojak di pejabat Warna Music Malaysia, Menara TSR, Mutiara Damansara sebentar tadi.

Di usia sekarang, Faizal merasakan lebih banyak perkara baik yang boleh dikongsikan di internet berbanding foto sedemikian.

“Saya dah berusia 41 tahun, banyak lagi perkara baik yang boleh saya kongsi.

“Apa yang penting, foto itu bukan disebarkan oleh saya. Jika ada yang merasakan itu saya, enjoy it,” selorohnya.

Biodata Faizal Tahir

Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau lebih dikenali sebagai Faizal Tahir (dilahirkan pada 26 Oktober 1978) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million.

Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit. Faizal juga memiliki syarikat rakamannya yang diberi nama Faithful Music.

Sewaktu di bangku sekolah, beliau merupakan seorang ahli perbahasan dalam bahasa inggeris untuk Sekolah Menengah Bukit Gading pada tahun 1995. Semasa di sekolah itu juga, beliau mempunyai kumpulan muzik yang sangat aktif dan ahlinya terdiri dari kawan-kawan sekolah yang sama. Setelah beliau menamatkan persekolahannya, beliau menuntut di UiTM.[perlu rujukan]

Faizal kini beristerikan Siti Raihanim Noran yang dikenali beliau sejak menuntut di UiTM, dan rumahtangga mereka dikurniakan enam cahaya mata, iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa’ie Zidane (lahir 18 Februari 2009), Siti Rawdha Nur Jannah (lahir 2011)

Siti Nawar Malaika (lahir 2013) dan Khalid Al-Walid (lahir 2015). Faizal merupakan anak kedua daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya, Muzlipah Aishah Pa’wan Teh dan Mohd Tahir Abdul Rahman, beliau juga merupakan adik ipar kepada Nazri Noran, seorang pengurus stesen radio.

Pernah timbul desas-desus pada akhir dekad 2000-an bahawa lagu Faizal jarang diputarkan oleh Era, kononnya kerana Nazri yang mengurus stesen tersebut ketika itu ingin “mengelak daripada disalah anggap sebagai mengamalkan sikap pilih kasih”.

Adik-beradik beliau ialah Muhammad Fahd Bin Mohammad Tahir (Fahd Tahir ), Norainiah Liyana Budriah Binti Mohammad Tahir (Aini Budriah Tahir) dan Muhraini Fazira Binti Mohammad Tahir (Fazira Tahir).

Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan kumpulan Rast. Beliau kini menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Faithful Music pada 2014.

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

 

 

Reply