no comments

rog*l pembantu rumah: Ini tindakan MB Perak terhadap Exco DAP

MENTERI Besar Perak Ahmad Faizal Azumu memaklumkan Exco DAP Perak Paul Yong Choo Kiong akan diminta untuk bercuti jika siasatan tuduhan merogol yang dikenakan terhadapnya mengambil masa terlalu lama.

“Tiada pendakwaan jenayah lagi masa ini tetapi jika siasatan ambil masa lama, beliau boleh dinasihatkan untuk bercuti,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini, lapor MalaysiaInsight.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya sedang menunggu laporan polis sebelum membuat sebarang keputusan terhadap Adun Tronoh itu.

Laporan polis dibuat oleh pembantu rumah Paul Yong seorang warga Indonesia berusia 23 tahun, yang mendakwa kejadian berlaku di rumah Yong di Meru, Ipoh.

Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie mendesak penggantungan serta-merta Yong daripada tugas-tugas exco.

Anggota exco Pemuda MIC, A Sri Murugan turut menggesa Yong digantung sementara siasatan berlangsung.

Mohd Hafez Sabri, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga mengesa agar segala urusan kerja melibatkan Exco DAP tersebut digantung serta-merta sehinggalah kes dakwaan tersebut selesai.

Namun, agak menghairan dalam kes yang membabitkan exco DAP ini kerana tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis.

Sedangkan kes rogol ini merupakan satu kesalahan jenayah yang serius.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Kesalahan atas kesalahan rogol.

Jika sabit kesalahan sesorang itu boleh dipenjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Orang ramai mula mempersoalkan keistimewaan yang diterima oleh ahli DAP ini.

Kata-kata berbaur ugutan daripada sesetengah pemimpin DAP juga mula merisaukan orang ramai tentang penghormatan pemimpin dan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang negara. – 11 Julai 2019

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Mahathir Offer PAS & UMNO serta Parti Melayu sertai PPBM lumpuhkan PH?

Video: tarian berah! di majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia

Video kelakar nyanyian Anwar Ibrahim yang buatkan ramai gelak terguling-guling

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Reply