You cannot copy content of this page
no comments

Sampai tak sempat zip seluar! Aliff Syukri nyaris m*ti gempar bumi di Jakarta

USAHAWAN komestik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik cemas dalam kejadian gempa bumi di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu.Aliff, 32, berkata dia yang ketika itu sedang mencuba pakaian baru di sebuah butik berlari keluar dari bangunan pusat membeli-belah selepas gegaran berlaku.

“Abang takut… Semoga Allah selamatkan abang. Baru abang nak beli baju dan seluar. Malah abang tak sempat nak zip seluar, secara tiba-tiba baju di dalam almari terjatuh.

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/08/04/~/media/bde0cd89b7e34618b813f95cbf80dbc5.ashx?la=en

Aliff berkongsi video rakaman ketika suasana panik disebabkan gempa bumi.

“Seluruh manusia dalam bangunan tu bergoyang dan menjerit. Ketika itu secara kebetulan abang sedang membuat trevelog YouTube.

“Tak sangka pula tengah-tengah syok buat video bangunan bergegar abang terasa seperti menaiki kereta api yang bergegar,” katanya.

Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 menggegarkan Jakarta sekitar pukul 7.03 petang, waktu tempatan pada Jumaat lalu telah mengaktifkan amaran tsunami.

Kompas melaporkan, gempa berpusat 147 kilometer barat daya Sumur, Banten dan gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km).

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/08/04/~/media/567867644a3e45cbb5f380c2a8524364.ashx?la=en

Aliff berlari keluar dari bangunan pusat membeli-belah.

Pengasas produk D’Herbs Terlanjak Laris itu berada di Jakarta untuk pembikinan lagu terbaharunya berjudul Cowok Baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini memberitahu hanya Allah yang tahu perasaannya ketika kejadian yang dianggap menakutkan itu berlaku.

“Bayangkan staff dan team abang menjerit Datuk… Datuk… Datuk… Gempa bumi, gempa bumi. Ya Allah waktu tu hanya Allah saja yang tahu.

“Abang tak tahu nak ceritakan macam mana tapi abang sempat buat video penuh. Sumpah ngeri… Doakan kami selamat,” katanya.

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply