You cannot copy content of this page
no comments

Sampai terkoyak! Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira dan syukur apabila dapat menamatkan perlumbaan berbasikal sejauh 78 kilometer malam tadi.

Bagaimanapun, Siti berdepan kemalangan kecil ketika acara terbabit hingga menyebabkan lutut kirinya tercedera.

“Alhamdulillah, medal kedua untuk anakku, Aafiyah.

“Walaupun ibu jatuh, koyak lutut, ibu teruskan hingga ke akhir garisan. Terima kasih #ctdkteam yang banyak beri sokongan,” tulis Siti.

Siti turut memuat naik sekeping foto yang sempat dirakamkan oleh penunggang basikal lain ketika kemalangan terbabit berlaku.

Acara anjuran sebuah bank tempatan itu membabitkan pelumba basikal tempatan dan antarabangsa yang bertanding dalam beberapa kategori mengikut jarak.

Siti dalam entri semalam memaklumkan beliau harus menamatkan acara terbabit sejauh 78 kilometer bermula di lebuh raya Kajang-Seremban.

Lutut Terkoyak! Siti Nurhaliza Kemalangan Ketika Lumba Berbasikal

Momen bermakna yang dikongsikan Siti di akaun Instagramnya itu menyuntik semangat dan inspirasi peminatnya terutama wanita untuk tidak mudah putus semangat biarpun berdepan ujian.

Malah, ada juga yang mendoakan agar penyanyi lagu Purnama Merindu itu segera pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

sumber : gempak.com

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply