no comments

Sekali ‘main’ RM40! bangla jadi tauke pusat pelac*ran di Malaysia

KUALA LUMPUR: Nampak tak luak. Itu ungkapan sesuai mengenai lambakan pendatang asing Bangladesh yang menguasai sekitar kawasan Kotaraya dan Jalan Silang, ibu negara.

Berdasarkan tinjauan semula ke lokasi, ia tidak ubah seperti berada di negara mereka dengan sekitar kawasan itu dipenuhi warga asing terutama pada hujung minggu.

Mengakui sudah beberapa kali melakukan serbuan, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzamee berkata, operasi kawasan itu kerap kali dilakukan secara bersepadu.

“Kawasan ini kerap diserbu Jabatan Imigresen sebelum ini. Operasi bersepadu bersama polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bomba juga diadakan.

“Untuk menjadikan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan, tindakan menamatkan lesen perniagaan dan menutup atau sita premis berkenaan oleh PBT perlu dilakukan.

“JIM melakukan operasi secara berterusan. Semalam (kelmarin) saja beberapa penempatan warga asing digempur,” katanya.

LAPORAN muka depan Harian Metro, 5 Julai lalu.

Khairul Dzaimee berkata, setakat 3 Julai lalu pihaknya mengadakan 9,065 operasi dengan 26,690 tangkapan Pati dan 715 majikan.

Akhbar ini Jumaat lalu melaporkan, lambakan pendatang asing terutama warga Bangladesh semakin membimbangkan apabila mereka menjadikan beberapa lokasi sebagai port eksploitasi seks untuk mengaut jutaan ringgit.

Seperti daerah Kandapara di negara asal, empat pusat pelacuran termasuk hotel dan tiga rumah kedai diubahsuai menjadi hotel sekitar Kota Raya, Jalan Hang Lekiu dan Lebuh Pasar Besar, menjadi tumpuan warga Bangladesh untuk melampias nafsu.

Dalam operasi hasil kolaborasi Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman bersama wartawan, tiga dalang utama iaitu warga Bangladesh yang menjalankan kegiatan haram berkenaan ditahan selain polis turut merampas RM6,001, SGD100, 22 telefon bimbit dan 122 kondom.

Caj yang dikenakan untuk setiap pelanggan RM40 hingga RM100 bagi sekali perkhidmatan dan diberi tempoh selama 15 minit untuk ‘bersama’ pelanggan.

Sementara itu, pemerhatian wartawan di laman Facebook mendapati, rata-rata netizen mengutuk perkara itu dan ada yang meminta pihak berwajib membanteras sepenuhnya isu membabitkan lambakan warga Bangladesh di negara ini.

Ada yang mahukan kerajaan menghantar pulang mereka ke negara asal dan mengembalikan wajah asal beberapa lokasi di ibu negara seperti sebelum ini serta menyifatkan belum terlambat untuk berbuat demikian.

 

 

 

paling hot!!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Mahathir Offer PAS & UMNO serta Parti Melayu sertai PPBM lumpuhkan PH?

Video: tarian berah! di majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia

Video kelakar nyanyian Anwar Ibrahim yang buatkan ramai gelak terguling-guling

Jenazah wanita di tanam selama 13 tahun tak reput dan berbau wangi! inilah amalan ketika hidupnya

Video : Ceramah politik di kursus Haji oleh Mujahid

Reply