You cannot copy content of this page
no comments

Seorang penagih sanggup tumbuk neneknya sampai lebam mata


Beliau berkata, berang dan tidak tahan mendengar anaknya menangis, suspek bertindak memaki mangsa dengan kata kesat.

“Suspek kemudian bertindak menampar serta menumbuk muka mangsa sehingga warga emas itu rebah.

“Selepas kejadian itu suspek melarikan diri dari rumah mangsa dengan membawa isteri dan anaknya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja menumpang di rumah mangsa selain warga emas itu juga yang menanggung mereka dengan bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah agama.

“Mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Jasin dan doktor merujuknya ke Hospital Melaka untuk berjumpa pakar mata disebabkan matanya tidak boleh dibuka.

“Suspek berjaya ditahan 11 malam tadi di Bachang,” katanya.

Arshad berkata, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati suspek positif dadah dipercayai Methamphetamine.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes dadah.

“Dia kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

As Noni Allah, nenek nie kebiasaannya adalah orang kedua selepas ibu yang kasih sayang nya melimpah ruah kepada cucu2nya pernah merasa kasih insan yg bergelar nenek ini..kini tinggal kenangan al-fatehah buat nenek Dan mama. Kepada nenek ini semuga di permudahkan segala urusanya.

Mujahidah Sofia Saya doakan semoga makcik cepat sembuh dan semoga pelaku dapat hukuman yang setimpal oleh Allah di dunia dan akhirat atas kekejamannya. 😢

Adleeya Adam Moga cpt sembuh y nek ..hrplh mata nenek TUU xde kesan yg blh membahayakan..dh berumur tpi nnek msih brusaha mncari rezki..cucu x sedar diri.biawsk hidup.xtau d untung..dh d bgi tmpt tggal,tggal mkn je pon.eloklh duduk dlm tuu j.geramm😡😠

Liza Mummyliza Dh lah x kerja apa, menumpang pulak tu, org tu tanggung mkn pakai hampa, weii aku x boleh aih aku..
Semoga makcik cpt sembuh yer, amin

Ikmal Arif Positif dadah
Menumpang kt rumah
Tak kerja..

Haih, dh selesa sgt hidup

hmetro.com.

Reply