You cannot copy content of this page
no comments

Seorang penjaja dijatuhkan hukuman pe,njara 30 bulan kerana h/na nabi dan kema/tian adib

AKIBAT menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kemat/ian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial, seorang penjaja dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43, selepas mengaku salah terhadap lapan pertuduhan dihadapinya pada 18 Jun lalu.

Edwin sebelum menjatuhkan hukuman berkata, mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh yang memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.

“Tindakan tertuduh menghina kema/tian Muhammad Adib di kala semua orang sedang meratapi dan berkabung di atas kemati/annya juga tidak dapat diterima mahkamah.

“Perbuatan dilakukan tertuduh adalah melampau dan melebihi had kebebasan bersuara,” kata hakim itu yang turut memaklumkan perbuatan dilakukan tertuduh adalah dirancang kerana komen berkenaan dibuat berulang kali.

Edwin menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 30 bulan bagi lapan pertuduhan itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘Alvin@Alvin15358333’, membuat kenyataan berhubung kematian Muhammad Adib yang mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu pada 8.07 pagi, 13 Februari lalu mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh atas tiga pertuduhan memuat naik hantaran mengh.ina Nabi Muhammad SAW yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam di laman media sosial yang sama pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum pe,njara maksimum lima tahun.

Dia juga menghadapi empat lagi pertuduhan iaitu secara sedar menggunakan profil Twitter sama membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tempat sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ pada jam 8.30 malam, 3 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Mohan Raj.

Pada 18 Jun lalu, Muhamad Asyraf ketika membuat hujahan, memohon hukuman berat dan hukuman penjara berasingan dikenakan terhadap tertuduh yang sengaja menimbulkan provokasi dan secara terang-terangan menghina agama dan kaum lain manakala peguam P Rajsurian yang mewakili tertuduh merayu hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh anak guamnya ditangkap pada 6 Mac lalu.

hmetro.com

Reply