You cannot copy content of this page
no comments

Suspek berusia 14 tahun terbongkar melakukan sek[s luar ta[bii terhadap kanak lelaki berusia 6 tahun

Remaja li[wat kanak-kanak kena cekup

PADAH melakukan sek[s luar ta[bii terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, seorang remaja lelaki ditahan di Kampung Serian Hilir, Serian, semalam.

Perbuatan terkutuk suspek berusia 14 tahun terbongkar susulan laporan polis dibuat ibu mangsa selepas anaknya mengadu sakit pada du[bur.

 

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, ibu mangsa mendakwa suspek memanggil anaknya masuk ke dalam rumah sebelum melakukan hubungan se[ks luar ta[bii.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 10 pagi ketika ketiadaan ibu mangsa di rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aswandy berkata, akibat kejadian itu, mangsa trauma dan takut serta sudah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek tetapi tiada hubungan persaudaraan.

“Suspek juga didapati sudah tidak bersekolah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, remaja lelaki dipercayai mero[gol jirannya yang juga wanita orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran berusia 24 tahun sudah ditahan.

“Suspek berusia 17 tahun ditahan kira-kira jam 11.10 malam di rumahnya,” kata Aswandy.

Dalam kejadian itu, perbuatan jijik remaja terbabit wanita itu terbongkar selepas mangsa mela[hirkan seorang bayi lelaki di HUS, Khamis lalu.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 2:13 PM

#HarianMetro

Info Bencana Pahang dan Luar Pahang

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply