You cannot copy content of this page
no comments

Tak dapat tido macam ada yang memerhati,bunyi zrapp kat tepi telinga-MISTERI ANAK PATUNG

Fikir balik macam tak percaya apa yang berlaku. Mintak jauh dah la benda2 macam ni. Lama dah hanna berkawan ngan benda dalam patung ni. From sarawak ikot balik kelantan 😥. Allahu.. pesan saya, takyah la beli patung yang cukup sifat macam ni. Sebab senang benda tak elok nak tumpang. Sebelum ni duk baca Story orang len. Ni kena kat batang hidung sendiri. Sampai tahap Mama kena ganggu. Jauh betol benda ni merantau ikot mama hanna.. benda tu nak bagitaw dia tu ada,


-tendang katil mama hanna
-tak dapat tido macam ada yang memerhati
-uban putih melekat kat mama
-main bukak tutup pintu tandas
-bukak air Tapi peg check air tak kuar pom.
-hanna tunjuk2 masa dalam toilet
-bunyi zrapp kat tepi telinga

Tapi tetap positif lagi. Arini panggil ustaz Sebab tak tahan sangat.. yaa benda menumpang dari sarawak yang tidak bertuan, ingin cari tuan..

Alhamdulillah kali ni Allah kuatkan semangat mama hanna nk lawan benda mcm ni. Tp skrg trauma lg. Tak dpt nk tido sorg 😰.

Nak ceriter panjang sangat.. so pesan saya tak payah ada la patung macam ni. Kecian anak2..

Dengar criter macam mengarut kan. Tapi tula hakikat kena kat diri sendiri..

credit: Puan Muda Nina Dyssabell

Huzaifah Bin Othmman Sebenarnya tempat awak pergi tu tak betolnya…..tempat org selalu minta bantuan…..biasa org pergi mrlancong…yang luarbiasa pergi minta bantuan…benda macam nie mmg ada…

Rosita Jay Semoga anak² saya dilindungi allah..sebab anak saya suka main anak patung cam nie. Lepas nie nak buang lah anak patung cam nie

Adenia Ina Sy pnh tgok uncle sy ubat pompuan mmg rapat ngn ank patung.. bila uncle lihat ngn halia , halia itu seolah mcm hantu jembalang ntah mcm mna muka mmg buruk rupa bnda tu… Lpas tu uncle bg dia mndi bunga trus.. Bila dh mndi uncle sy sruh bkar patung.. bila dh byar tkejut 1 family tgok rupa ank patung dbkar keluar lidah mcm hantu pnjang lidah…. ya tuhann mmg seram gilee… tp skrg dia dh okey sihat dan cergas…

Nurul Adybaa Anak perempuan saya tak ada la suka sangat patung2 macam ni tapi kalau dia tengok yang ada dekat mall tu, dia sibuk jugak cakap nak doll nak doll. Tapi saya tak layan sangat. Suatu hari dia berkenan tengok satu doll masa kami di mall. Doll masih dalam box dia la kan. Dia ambik. Nak nak nakkkk. Lepas tu dia baringkan doll tu. Eh dia baru perasan doll tu jenis yang mata dia tertutup bila dibaringkan, bila bangun/berdiri mata dia celik. Terus dia baling doll tu. Sampai ke harini tak nak dah.😂😂😂😂😂 Cc Syalwadil Imran

KeyDee Wyl LieSyah’Anne Jabrin better elak.. nady dlm ruma xblh ada ank patung ada tedy bear pun dia kasi masuk dlm kotak xmau dia simpan d katil or bilik bawa tdur..semua prihasan ruma or gambar dinding n cadar dia xmau gambar haiwan or benda hidup..psl benda menumpang ni dkt patung ni btl nnt ceta d wsp
Yan Nie Azli semua jenis patung tk boleh sebenar nye .. patung yg ckup sifat ada kaki tgn mata semua la .. menyerupai manusia ada anggota badan .. teringan masa arwah mak tga nazak kne ggu .. ada ustaz tu ckp tk elok simpan ank patung dlm uma yg cukup sifat seperti manusia ada anggota badan .. keesokan hari nye terus bakar patung nye.. allahuallam .. just berkongsi cerita

Zylla Mohammad Arbie Kak Faridah Sapiee kmk pande gelik dh ngga patong aaira lam bilit mun mlm. d tungkup mek muka.. sblm tok x mek. Tok baruk mek baca. Ngutikkkkkk

Suri Salleh Selalu baca atau tengok kisah seram berkenaan dengan patung tak?

Mesti pernah bukan? Sebab cerita patung jadi hantu selalu sangat di filemkan. Terutamanya cerita Hollywood.

Baiklah, untuk artikel kali ini saya bukan ingin bercerita pasal hantu anak patung, anabelle, barbie doll atau kura-kura jadi hantu. Tapi nak bawakan satu tajuk tentang hukum berkenaan anak patung.

Eh, anak patung pun ada hukum?

Yelah, mestilah ada. Islamkan agama (menyeluruh) syumul.

Apakah hukum patung mainan kanak-kanak?

Pendapat yang tepat (rajih) dan dipilih adalah pendapat Jumhur ulama’. Iaitu harus membuat patung untuk kanak-kanak, tidak kiralah patung sempurna atau tidak. Tidak mengapa seorang ayah mahu belikan patung mainan untuk anak-anaknya.

Syeikh Syarbini daripada mazhab Syafie telah menyebut di dalam kitabnya:

“Dikecualikan dari pengharaman gambar dan patung haiwan ialah patung permainan kanak-kanak perempuan. Ia tidak diharamkan.” [Mughnil Muhtaj: 3/316]

Al-Qadi berkata:

“Diharamkan patung melainkan permainan untuk kanak-kanak perempuan.” “Dan kebanyakan ulama’ berpendapat adalah harus bagi kanak-kanak perempuan untuk bermain anak patung.” [Syarah Muslim: 7/211 & 8/56]

Al-Imam Ibnu Hazm al-Zahiri telah berkata:

“Dan pengharusan khusus kepada kanak-kanak untuk bermain dengan patung.”

Reply