You cannot copy content of this page
no comments

Tak masuk akal pemandu cina langgar Syed Danial sampai mat! alasan pertahankan diri kata peguam Nor Zabetha

 

Saya betul-betul tidak setuju dengan pembelaan kononya pelaku melanggar arwah kerana terlalu takut tindakan arwah yang memecahkan keretanya dengan kayu besbol.

Tindakan menekan pedal minyak dengan manusia berdiri di hadapan kereta, semua pun pasti tahu kesudahannya. Kalau tidak menyebabkan cedera parah, pasti akan mengakibatkan kem*tian. Jadi perbuatan itu dengan niat jenayah.

Terdapat dua elemen perbuatan jenayah iaitu niat/pengetahuan melakukan perbuatan jenayah (mens rea) dan perbuatan/tindakan jenayah (actus reas). Dalam kes jenayah, jika cukup dua elemen ini maka, ada sabitan dan pelaku boleh didakwa mengikut seksyen yang bersesuaian.

Dalam kes kemat!an Syed Danial, saya percaya tindakan menekan pedal minyak kereta sewaktu seseorang dihadapan sudah pasti menunjukkan niat untuk menyebabkan mangsa cedera parah atau menyebabkan kem*tian. Ini bukan kes langgar dengan basikal. Kita bercerita tentang kereta. Tidak munasabah jika tidak tahu kesan dan akibat.

Jadi adakah pelaku boleh menggunakan alasan “saya cuba mempertahan diri kerana sayaterlalu panik”? Adakah wajar dia membalas tindakan arwah dengan melanggar arwah sehingga m*ti?

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan alasan pertahankan diri, kita perlu lihat asas undang-undang pembelaan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kema*tian. Apa intipatinya?

Memang undang-undang di Malaysia memperuntukkan salah satu sebab membela diri untuk kes b*nuh adalah mempertahankan diri tetapi alasan ini bukanlah mudah-mudah atau main petik untuk digunakan. Mahkamah akan menilai semua bukti-bukti dan keterangan saksi untuk menilai sama ada pembelaan mempertahankan diri itu sahih atau direka-reka.

Saya rujuk satu kes lama tahun 1982, seorang polis yang menembak si m*ti dalam kejadian mempertahankan diri. Saya rujuk kes ini kerana paling mudah faham apa yang akan diteliti oleh mahkamah untuk membenarkan tertuduh menggunakan alasan mempertahankan diri. Kemudian kita sama-sama buat perbandingan dengan situasi kes arwah Syed Danial ini.

Dalam kes PP v Ngoi Ming Sean [1982] 1 MLJ 24. Ngoi didakwa kerana memb*nuh tanpa niat. Ngoi adalah seorang pegawai polis yang diluar waktu bertugas pergi ke kelab bersama rakan yang lain. Sewaktu dalam kelab, Ngoi diganggu oleh si m*ti dengan pelbagai soalan peribadi.Ngoi tidak mengendahkan dan pergi ke tandas.

Sewaktu di tandas, si mati mengikuti Ngoi dan berdiri disebelah Ngoi dan memarahi Ngoi kerana dia tidak dapat membuang air kecil dengan Ngoi berada di sebelah. Si mati berulang kali cuba mencari pasal dengan Ngoi. Ngoi memberitahunya, mungkin dia perlu ambil masa. Waktu ini si mati naik angin dan menjerit pada Ngoi.

Ngoi mengeluarkan lencana polisnya dan menunjukkan pada si m*ti. Masih tidak diendahkan oleh si m*ti yang terus bersikap agresif. Si m*ti ditarik dan disabarkan oleh rakan-rakannya. Ngoi sekali lagi cuba mengelakkan diri. Ngoi kembali ke kaunter bar dan waktu ini masih si mati bersikap agresif dan ”abusive”.

Ngoi melompat masuk ke dalam kaunter untuk mengelakkan si m*ti menyerangnya. Si m*ti mengarahkan pemilik bar menarik Ngoi keluar atau si m*ti akan memecahkan bar tersebut. Ramai saksi-saksi di kelab. Waktu ini, untuk meleraikan perbalahan, Ngoi mengatakan sekiranya dia bersalah dia minta maaf.

Ngoi kemudian mengambil peluang untuk melarikan diri ke kawasan tandas untuk mencari jalan keluar dari bar tetapi si m*ti mengejarnya sehingga ke tandas. Ngoi terperangkap dalam tandas dan mengeluarkan pistol dengan tangan kanannya dan memegang lencana dengan tangan kiri untuk menunjukkan dia benar-benar seorang polis.Masih tidak diendahkan oleh si m*ti.

Si m*ti cuba merampas pistol dan Ngoi menembak si m*ti. Sewaktu perbicaraan pembelaan yang digunakan adalah mempertahankan diri. Sewaktu perbicaraan banyak prinsip mempertahankan diri diketengahkan antaranya sama ada seseorang yang telah sedia bersenjata boleh menggunakan alasan membela diri kerana tidak adil pada si m*ti?

Mahkamah akhirnya memutuskan terdapat banyak usaha Ngoi untuk mengelakkan tembakan. Dia berulang kali mengendahkan si m*ti. Malahan dia meminta maaf. Kejadian tembakan pula berlaku dalam situasi dia terperangkap dalam tandas dan tiada pilihan lain untuk dia lakukan melainkan membela diri. Mahkamah juga memetik:

“The right of private defence commences as soon as there is reasonable apprehension of danger to the body. This right continues so long as such apprehension of danger continues”

Hak membela diri wujud apabila terdapat ketakutan terhadap bahaya kepada tubuh badan dan hak itu akan berterusan selagi makna ketakutan bahaya itu berterusan. Ngoi dibebaskan kerana berjaya membuktikan kesnya.

Begitulah, salah satu kes yang membincangkan sama ada mahkamah akan menerima alasan mempertahankan diri dengan melihat situasi. Bukan mudah-mudah hendak guna alasan pertahan diri.

Prinsip undang-undang dalam kes Ngoi ini sering digunakan dalam hujahan-hujahan kes di mahkamah bagi kes bunuh yang ingin menggunakan alasan mempertahankan diri.

Jadi saya rasa tidak wajar dalam kes arwah Syed Danial ingin menggunakan alasan mempertahankan diri. Pelaku ada dalam kereta dan dia boleh berlindung dan menguncikan keretanya. Ada ramai saksi awam yang boleh menyabarkan arwah dan kejadian berlaku di tempat awam. Pelaku boleh mengambil banyak pilihan lain selain dari menekan minyak. Tidak boleh dikatakan ada “apprehension of danger to the body”.

Semuanya gara-gara hendak tunjukkan kemarahan atau siapa lagi hebat. Kita ambil iktibar, jika berlaku kemalangan atas jalan raya kepada kita, tolong elakkan konfrontasi sebab kita tidak tahu dengan siapa kita berhadapan. Entah jenis samseng jalan raya, entah jenis tak boleh kawal kemarahan. Jika kita rasakan dalam pelanggaran pihak sana terlalu agresif, kunci kereta dan duduk diam-diam. Telefon polis. Hati-hati.

Takziah buat ahli keluarga dan semoga keadilan diperolehi. Jangan guna undang-undang untuk tutup perbuatan sendiri. Semoga keluarga arwah mendapat keadilan.

Dikongsikan oleh Nor Zabetha

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

 

Reply