You cannot copy content of this page
no comments

Taktik perkauman dipermainkan oleh UMNO dan MCA dalam isu tulisan Jawi

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi pada 12hb Ogos 2019 (Isnin):

Taktik perkauman dipermainkan oleh UMNO dan MCA dalam isu tulisan Jawi

Saya amat kecewa kerana ucapan saya untuk menerangkan isu pengenalan Jawi oleh Kementerian Pendidikan telah dipetik luar daripada konteks oleh ahli politik MCA dan UMNO.

Ucapan saya tersebut disampaikan dalam satu dialog dengan Persatuan Tiong Hwa Kluang pada 9 Ogos di Kluang.

Tindakan jahat memutarbelik ucapan saya ini menunjukkan bahawa MCA dan UMNO bersekongkol untuk memainkan sentimen perkauman dalam isu tulisan Jawi ini.

Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah mengadakan satu dialog bersama Persatuan Tiong Hwa Kluang dan wakil 27 persatuan masyarakat Cina di Kluang bagi memberikan penerangan terhadap isu tulisan Jawi.

Ucapan saya telah dirakam tanpa kebenaran oleh seorang pemimpin MCA yang turut hadir. Selepas itu, Naib Pengerusi Pemuda MCA Kluang Joan Ng telah memuatnaik rakaman tersebut ke akaun media sosialnya dengan komen dalam bahasa Cina yang bermaksud, “Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi menyokong Tulisan Jawi”.

Rakaman video tersebut kemudiannya dipadamkan selepas cybertrooper UMNO pula memetik sebahagian rakaman itu untuk menfitnah saya menghina Jawi.

Dengan merujuk kepada ucapan saya yang sama, MCA mendakwa saya menyokong tulisan Jawi dengan tujuan menghasut orang Cina manakala UMNO pula mendakwa saya menghi/na tulisan Jawi dengan tujuan menghasut orang Melayu. Begitu terang lagi bersuluh permainan politik jahat mereka.

Dalam ucapan saya tersebut, saya menerangkan bahawa tulisan Jawi digunakan sebagai sistem tulisan Bahasa Melayu secara amnya sebelum tahun 1956 dan telah digunakan untuk menulis pelbagai jenis bahan bacaan dalam Bahasa Melayu serta tidak terhad kepada penulisan agama Islam sahaja.

Dalam pembentangan tersebut, saya menggunakan tiga slaid untuk menjelaskan hujah tersebut melalui sejarah penggunaan tulisan Jawi, seperti berikut:

Dalam slaid pertama, saya menerangkan bahawa tulisan Jawi adalah tulisan untuk Bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi diperkenalkan. Justeru, tulisan Jawi pernah digunakan untuk mengarang kitab agama Kristian pada abad ke-19.

Slaid kedua pula memberikan contoh bahan-bahan bacaan lain yang menggunakan tulisan Jawi, termasuk bahan bacaan p/orn/grafi.

Dalam slaid ketiga, saya telah menerangkan bahawa walaupun ada penganut agama Buddha yang menulis kaligrafi bahasa Cina bagi mempersembahkan manuskrip agama Buddha, namun, hampir tiada orang yang akan beranggapan bahawa kaligrafi Cina adalah untuk kegunaan agama Buddha sahaja.

Semua ini bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan bahawa pengenalan tulisan Jawi oleh Kementerian Pendidikan ialah suatu taktik pengIslaman.

Sebagai penerangan lanjut, saya lampirkan bersama transkrip ucapan bagi slaid kedua:

“Gambar ini merupakan buku-buku po/no/grafi zaman dahulu dan sekadar digunakan di sini sebagai contoh gambaran. Jika tulisan Jawi hanya dikhaskan untuk agama Islam sahaja, maka sekiranya ada ekstrimis Islam yang tahu benda ini, ada kemungkinan mereka akan menghalang penggunaan tulisan Jawi oleh orang bukan Islam, kerana bahan sebegini menghina agama Islam.

Bahan-bahan sebegitu diterbitkan zaman dulu-dulu, dan membuktikan bahawa tulisan Jawi adalah tulisan yang digunapakai secara meluas. Hubungan tulisan Jawi dengan Bahasa Arab sama dengan Bahasa Inggeris dengan Bahasa German atau Perancis. Sekiranya anda faham ABC, adakah bermakna anda juga faham Bahasa Perancis dan Bahasa German? Kenapa? Walaupun ABC semua sama tetapi anda tidak dapat memahami (Bahasa Perancis dan Bahasa German) kerana walaupun ketiga-tiga bahasa menggunakan sistem tulisan yang sama iaitu tulisan Rumi, namun ketiga-tiganya merupakan bahasa berbeza.

Jadi, ramai bertanya bagaimana kita membaca tulisan Jawi? Tulisan Jawi yang ada dekat papan tanda jalan agak senang untuk dibaca: apa bahasa Melayu yang ditulis di situ, maka itu cara membaca tulisan Jawi tersebut.”

Wong Shu Qi

Nur Rienna ke Friends Of PAS

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

Reply