You cannot copy content of this page
no comments

Tiada EPL percuma selepas menang PRU 14 ini sindiran pedas Najib pada Menteri PH!

Awal pagi tadi, saya sempat tonton Liverpool lawan Norwich untuk seketika.Masa itu, Liverpool sudah jaring 3 gol. Cepatnya.

Tiba-tiba, saya teringat janji PH untuk EPL free jika mereka menang PRU14.Saya pun check stesen-stesen TV percuma.

Yang sedang disiarkan masa itu adalah:

TV1 – Joran Selebriti
TV2 – Cinta dilangit Cardiff
TV3 – Tanyalah Ustaz
NTV7 – Transmisi tamat.

Dimananya EPL percuma?

Dicapati lagi ke?

Saya masih ingat masa PH tabur janji ini.Masa itu, mereka kata janji ini boleh direalisasikan dengan mudah.Senang untuk buat, kata mereka.

PH kata janji EPL percuma lebih konkrit dan berbeza dengan visi Transformasi Nasional 2050 (TN50) BN yang mereka sindir sebagai abstrak dan “fantasi dongeng”.

Walaupun TN50 kita adalah menyeluruh dan bermanfaat untuk masa depan anak-anak muda kita.

“Kenapa kita harus tunggu 2050 kalau kita boleh capai pada 2018,” sindir mereka lagi masa itu.

Tapi hakikatnya, janji EPL percuma PH dicapatikan serta-merta selepas PRU14.Gobind kata tak boleh bagi free untuk tahun lepas.Kini, musim baru EPL bermula lagi. PH senyap je.

Mungkin nak harap orang ramai sudah lupa slogan “EPL Free” meeka.Tapi realitinya ialah janji ini telah dicapatikan buat kali kedua.

Tak dapat EPL percuma, BR1M orang bujang dipotong dari RM600 menjadi BSH RM100 pulak.Basah lagi, anak-anak muda kita.

Sumber : Najib Razak

Antara Komen Netizen

Muhammad Arif Ini janji paling karut sebenarnya. Daripada die nak bg EPL free, baik die turunkan harga astro. Yg tu pun xleh buat. EPL tu hak eksklusif astro kot kat Malaysia. Berjuta kena bayar. Die nak turunkan harga astro pown xdpt, nie kan plak nak bg EPL free? EPL la antara daya tarikan astro. Kalo EPL dah free, cnfrm lari cust astro. Baik amek Njoi je. Murah sket. Sebab rsnya majoriti rakyat Malaysia xmau pun channel bebanyak tu. Just nak bg TV terang je. Hehe.\

Aziemma Mohd Bagus dsn.pagi2 dah bg tazkirah kepada menteri2 ph tp sayang mereka masih berkelubung dlm kelambu lagi.selamat hari raya aidiladha dato sri.moga dsn sekeluarga di dlm rahmat Allah.

Marliana Rahman Selamat pagi Bossku. Pagi2 dah troll PH. Elok juga ingatkan janji2 bulan bintang mereka dulu, tapi apa boleh buat. Mereka ni muka tembok, maruah pun takde.

Muhamad Azmi semlm saya dgr khalid samat di redio ttg projet perumahan di kampung baru..khalid ckp jnh dgr apa yg org ckp sekiranya bukan dri kerajaan ..abis tuu manifesto yg mereka buat dri siapa agak2nya ye..dri rakyat atau dri menteri2 yg dh jdi kerajaan ne..

Sofian Fariz Epl free… yg syok nyer start mlm tadi ramai yg cuba balik kampung nak guna tol free yg dijanjikan.. akhir nya ramai yg gembira ketawa dlm kereta melihat bapa yg memandu menyumpah sepanjang perjalanan .. cilaka menteri.. masih jugak tol rupanya.. dah lah lupa nak topak utk tol… puk!mak menteri asyik menipu rakyat.. next pru mati korang terjun bangunan semua.. ank2 dlm kereta ketawa riang dgn jenaka ayah mereka yg marah sepanjang perjalanan utk balik kpg.

 

 

Pengiklanan Berbayar!

Pinjaman mudah untuk kaum wanita sehingga RM30,000

Menteri PH rasic Hasut benci Melayu

Korang ada RM1 camni? meh jual kami beli dengan harga yang mahal!

Perhatian! inilah duit lama RM5 paling mahal serius kalau ada jual pada kami

Anda tiada kereta tapi nak buat GRAB? kami sediakan kereta untuk disewa & tunjuk ajar step by step hingga pandai PM SEKARANG

 

Reply